Wednesday 30 April 2014

Resepi Sotong Sumbat

SOTONG SUMBAT



Setiapkali membeli sotong,maka menu utamanya ialah sotong sambal.Kali ni nak tukar pula lah,Nak masak sotong sumbat.Jom tengok resepinya

Bahan bahan

300 gm sotong 
3 sudu besar cili
1 cawan pulut
1 biji kelapa (diambil santan)
3 batang serai

1 inci lengkuas
2 biji buah keras
Serbuk perasa dan garam secukupnya
Sedikit gula
Lidi


Caranya

Tanakkan pulut dahulu. Kemudian sumbat ke dalam sotong. Tutup dengan lidi. Mesin halia, serai, lengkuas dan buah keras sehingga halus. Masukkan santan dan seterusnya bahan-bahan yang dimesin tadi. Masak di atas api yang perlahan. Masukkan sotong yang telah disumbat dengan pulut tadi. Tambah gula, serbuk perasa dan garam secukup rasa. Masak sehingga kering sedikit. Setelah itu, angkat dan hidangkan.


Resepi Udang Mentega

UDANG BERMENTEGA



Sesekali cubalah ubah sikit masakan anda.Cubs masak menu udang bermentega ni.Anak-anak pasti suka.Mari tengok resepinya.

Bahan bahannya

1 kg udang besar/udang galah atau udang harimau-belah belakangnya jgn putus 
1 sd teh garam 
1 kg minyak untuk menggoreng 
250 gm mentega tawar (unsalted butter) 
6 pelepah daun kari (daun shj) 
5 ulas bawang putih (cincang) 
6 biji cili api (cincang) 
8 biji kuning telur 
250ml susu cair penuh krim 
½ sd teh serbuk perasa 
1 sd teh garam 
1 sd teh sos ikan 
¼ sd teh serbuk pati ayam 
1 sd besar gula 


Caranya

Perap udang yang telah dibersihkan dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Toskan. 

Pukul bersama kuning telur, dan susu bersama serbuk pati ayam hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Tuang ke tapis dan biarkan mentega sejat sebentar. Alihkan ke pinggan dan hidangkan. 


Tuesday 29 April 2014

Resepi Daging Masak Merah

DAGING MASAK MERAH



Biasanya bila makan di kedai kedai tomyam,daging masak merah adalah menu yang biass di order.Sesekali cubalah masak di rumah.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

1 kg daging lembu (dibersihkan)
1.2 leter air mendidih 
2-3 camca minyak makan 
6 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 biji lobak merah (dihiris tebal menyerong)
625 gm ubi kentang yang sedang besarnya (dibuang kulitnya & dipotong dua)
2 camca gula pasir 
3 biji buah pelaga 
1 kuntum bunga lawamg
1 kuntum bunga cenkih 


Bahan giling:
10 butang lada hijau 
6 ulas bawang merah 
10 ulas bawang putih 
1 camca jintan manis

5 cm kulit kayu manis
Garam & serbuk perasa secukup rasa 

6 biji telur (direbus & dibuang kulitnya)
2 labu besar bawang besar (dibelah-belah)
1 tin kecil puri tomato
¼ botol sos tomato 
Air panas
1 tin kecil kacang pic (ditoskan airnya)
60 gm daun bawang (dihiris halus)
60 sos tomato (dihiris halus)

2 camca jintan putih
1 camca lada hitam 
2.5 halia
102 camca kunyit hidup


Caranya

Rebus daging dengan air hingga empuk. Tapis air rebusannya & simpan. Potong daging supaya menjadi potongan-potongan sebesar (5 * 10 cm).Dalam sebuah kuali mungkum, pijarkan minyak atas api yang sederhana.Goreng bawang merah hingga garing, kemudian masukkan bahan giling.
Apabila minyak telah keluar, masukkan daging & balik-balikkan supaya berbalut rata dengan campuran itu. Kecilkankan api & masukkan air rebusan tadi. Masak hingga mendidih. Masukkan lobak merah,ubi kentang, gula, kesemua rempah kering & bahan perasa. Apabila sayur-sayuran itu telah masak,masukkan telur,bawang besar & tomato. Biarkan tomato masak,kemudian masukkan puri & sos.Tuangkan air panas ke atasnya jika masakkan itu telalu kering.Apabila telah empuk,angkat dari api.Isikan ke dalam pingan & hiaskan dengan bahan-bahan selebihnya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.


Saiz hidangan resepi di atas adalah untuk 4-6 orang makan.Selamat mencuba.

Resepi Daging Hitam Manis

DAGING MASAK HITAM MANIS



Daging masak hitam manis bukanlah satu menu yang susah untuk di sediakan.Cuma mengambil masa sedikit kerana perlu di perap terlebih dahulu.Jom semak resepinya

Bahan bahannya

Bahan A: 
500 gram daging segar 
2 sudu makan kicap pekat 
1 sudu makan gula 
garam & perasa secukupnya 
sedikit lada hitam - ditumbuk 

Bahan B: 
2 sudu cili giling 
asam jawa (sebesar ibu jari) 
1 biji bawang besar 
2 biji cili merah 
halia (sebesar ibu jari)- ditumbuk 
3 biji bawang merah - ditumbuk 
2 biji bawang putih - ditumbuk 
sedikit air 


Cara caranya

Bahan A digaulkan sehingga sebati dan perapkan bersama daging selama 1 jam. 

Tumiskan bawang merah, halia, bawang putih sehingga garing, masukkan cili giling dan tunggu sehingga naik minyak. masukkan air asam dan seterusnya masukkan daging yg telah diperap. masak sehingga daging empuk (air perlu ditambah sekiranya perlu). setelah daging masak, masukkan bawang besar & cili. selepas 2 minit, hidangan boleh dihindangkan.


Enak di makan bersama nasi panas.

Resepi Daging Masak Halia

DAGING MASAK HALIA.



Bagi suri rumahtangga,setiap hari kepala ligat memikirkan menu untuk dimasak.Jika berulang masak menu yang sama pasti bosan.Cuba pelbagaikan bahan asas seperti daging.Kali ini cuba daging masak halia.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

400 gm daging batang pinang (dipotong nipis)
8 cm halia (dimayang)
1 sudu besar (rempah 5 spices atau rempah lima)
¼ cawan kicap masin

1 sudu besar tepung jagung
2 batang daun bawang putih (dikerat 5 cm)
2 sudu besar cuka
1 sudu besar serbuk lada hitam


Cara caranya

Daging, kicap, rempah 5 spices dan lada hitam digaul rata kemudian diperap selama 15 minit.

Masukkan minyak ke dalam mangkuk kaserol dan panaskan dengan kuasa high selama seminit. Kemudian barulah dimasukkan halia. Tutup mangkuk rapat-rapat dan masak dengan kuasa high selama dua minit.

Keluarkan, kacau kemudian dan dimasukkan daging perap tadi serta masak dengan kuasa high selama tiga minit.

Larutkan tepung jagung dengan 3/4 cawan air kemudian tuangkan ke dalam daging bersama-sama batang daun bawang putih dan cuka serta masak selama tiga minit lagi. Kacau dan hidangkan panas-panas.

Monday 28 April 2014

Resepi Mee Bandung

MEE BANDUNG



Kali ini nak share resepi Mee Bandung.Mana asal usul mee bandung ni tak pastilah.Tapi biasanya orang sebut mee bandung berkaitan dengan Muar,Johor.Jom Tengok resepinya.

Bahan bahannya

500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam

4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)


Cara caranya

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.

Masukkan mee,taugeh ke dalam mangkuk.Hidangkan dengan kuah yang masih panas.Bubuhkan cili merah,daun bawang dan limau kasturi di dalam mangkuk.Selamat mencuba.

Resepi Laksam

LAKSAM.


Bagi yang tiada idea nak buat masakan apa lg,bolehla cuba buat pula Laksam.Lebih kurang laksa kuahnya dan gunsksn iksn bshsn asasnya.Mari kita tengok resepinya.

Bahan bahan

300 gm isi ikan
150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)
4 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
Sedikit halia (dikisar)
2 kiub pati ayam
Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun & daun salam (dihiris)
Minyak masak, garam & lada sulah


1 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
2-3 cawan air
sedikit garam


Cara caranya

Bancuh tepung beras, tepung ubi, garam & air hingga sebati. Ambil satu senduk adunan & masukkan ke dalam loyang bulat. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan dari loyang & digulung. Ulangi proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Tutupkan api. Angkat & hidangkan.

Tepung laksam di potong lebih kurang 1 cm tebalnya.Masukkan ke dalam mangkuk dan bolehlah di tambah sayur sayuran.Juga enak di makan bersama sambal belacan.

Sunday 27 April 2014

Resepi Asam Pedas Ikan Keli Lada Hitam

ASAM PEDAS IKAN KELI LADA HITAM



Ikan keli biasa di masak gulai.Tetapi biasanya di salai terlebih dahulu untuk lebih enak.Tetapi anda boleh cuba juga asam keli masak asam berlada hitam.mungkin lebih memikat selera anda.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

5 ekor ikan keli( direndam dengan air limau agar hilang hanyir) 
Bahan A 
15 biji lada kering 
6 biji bawang kecil 
3 biji bawang putih 
½cm halia 
1 inci kunyit 
20 biji lada hitam 
15 helai daun kesum 
kesemua bahan A dikisar 

bahan B 

100 ml minyak 
sedikit gula 
400 ml air 
sedikit air asam jawa 
garam secukup rasa 
perisa penyedap rasa 
20 helai daun kesum 


Cara penyediaannya

panaskan minyak, tumis bahan A sehingga naik bau,masukkan air, tunggu hingga mendidih,seterusnya masukkan ikan keli tunggu hingga kuah pekat kemudian masukkan air asam jawa,gula,garam secukup rasa dan perisa penyedap rasa dan akhir sekali barulah diletakkan daun kesum.

Mudah dan menyelerakan.Jika saiz ikan kecil,tak perlu di potong.Selamat mencuba.

Resepi Asam Ikan Talapia

ASAM IKAN TALAPIA



Menu ni amat mudah.Bagi mereka yang kesuntukan masa bolehlah stanbykan menu ni.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

1 ekor ikan talapia

Bahan B 
1 biji bawang besar - dimayang 
1 inci halia - dihiris 
2 biji lada besar - dihiris 
1 biji limau nipis 


Caranya

Panaskan kukusan,masukkan ikan ke dalam loyang,taburkan bahan-bahan B, taburkan juga sedikit garam dan bahan perasa,kukuskan sehingga masak.Perahkan asam limau sebelum makan.

Senang sahaja kan.Selamat mencuba.

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

KARI AYAM TANPA SANTAN



Biasanya kari adalah sinonim dengan santan.harini kita masak kari tanpa menggunakan santan.Masak kari ayam tanpa santan.Mungkin masakan ni lebih enak.Terpulangla kepada individu.Mari kita semak resepinya.

Bahan bahan

1 ekor ayam tanpa kulit 
2 biji bawang besar - dihiris halus 
2 biji tomato - dipotong dadu 
2 biji bawang putih ]- dikisar 
1 cm halia ] 
4 sudubesar kari daging Babas 
1 sudubesar tomato puree 
3 biji buah pelaga 
2.5cm kayu manis 
4 biji bunga cengkih

Minyak secukupnya 
1 cawan air 
2 biji ubi kentang dibelah empat 
Daun pudina agak lebih sedikit 
sedikit daun ketumbar - di hiris halus 
2 biji tomato dibelah empat 
2 batang lada hijau dibelah dua 
garam 
optional aji-no-moto 


Cara penyediaannya

(1) Panaskan minyak, tumiskan bawang yang dihiris bersama buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan tomato sehingga bawang berwarna kuning. 

(2) Masukkan bahan-bahan yang dikisar, daun pudina dan juga tomato puree kacau rata-rata. 

(3) Masukkan ayam kacau dan tutup periuk selama 3 minit. 

(4) Taburkan kari powder kacau rata-rata dan tutup selama 5 minit. 

(5) Kemudian masukkan 1 cawan air, ubi kentang, tomato dan lada hijau. Tutup masak sehingga ayam dan ubi empuk. 


Setelah selesai,hidangkanlah di dalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar.Gunakan daun pudina bagi meghasilkan kari yang harum dan enak.Boleh di makan dengan roti jala atau roti perancis.Selamat mencuba.



Resepi Black Pepper Steak

BLACK PEPPER STEAK.



Bagi penggemar makanan barat,anda boleh cuba Black Pepper Steak ni kat rumah.Mesti sedap cuma anda perlu ikut sahaja resepi ini.Yang pengting ia hasil air tangan anda.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

<b>bahan untuk daging: 
350 gram daging yang dipotong nipis<½ inci> 
3 sudu kicap<xkesah masin / manis> 
2 sudu black pepper<serbuk> 
½ sudu kecil cuka/jus limau nipis/lemon 

cara: 
campurkan bahan2 diatas dan gaulkan bersama 
daging itu tadi. peram daging selama 10-15 minit.


<b>bahan untuk sos: 
3 ½ sudu black pepper<kalau nk pedas boleh tmbah lagi> 
1 keping cendawan kering<cincang halus> 
garam<secukup rasa> 
1 sudu jus lemon/limau nipis<lbih sedap pki lemon> 
1 sudu air halia 
2 sudu tepung jagung 
1 cawan air putih 
½ sudu kicap masin 


Cara penyediaannya

1)ambil 2 sudu mentega,cairkan atas kuali panas..
2)masukkan daging yang telah diperam tadi,
masak daging hingga betul2 masak
3)setelah daging masak,buat sos pula

sos:
1)masukkan air
2)masukkan cendawan yang dicincang halus itu dan air/jus halia serta jus lemon
3)masukkan tepung jagung
4)letakkan garam secukupnya
5)masukkan juga kicap
6)seterusnya,masukkan black pepper

letakkan sos diatas daging itu tadi..

Selesai sudah.Memang agak rumit tapi yang penting anda puas.Untuk lebih rasa cincang cendawan halus-halus.Selamat mencuba.

Saturday 26 April 2014

resepi kue teaw daging

KUE TEAW DAGING


Masakan kue teaw memang sedap kalau kena caranya.Lagipun ia adalah mudah untuk di sediakan.Jom kita cuba masak kue teaw daging.Lihat resepinya.

Bahan bahannya

150 gm kueteau
200 gm daging (direbus)
1 sudu besar tepung jagung + air
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil cili kisar

1 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji telur
Sedikit stok daging
Sedikit sayur-sayuran
Garam & minyak masak


Cara penyediaannya

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih & cili kisar hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat, daging & stok daging. Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran, kueteau, bancuhan tepung jagung & telur. Kacau perlahan-lahan sehingga masak. Angkat & hidangkan.

HIdangkan bersama lada jeruk.Memang menyelerakan.

Resepi telor Masak Kari Bertomato

TELOR MASAK KARI BERTOMATO.

Kalau dah hari- hari memasak mesti habis idea nak masak apa.Harini terpikir pulak nak masak telor.Telor masak kari bertomato.Ada rasa masam-masam tomato pasti menyelerakan.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

4 biji telur ayam (direbus)
1 sudu teh serbuk kunyit
4 sudu teh serbuk kari
½ cawan susu UHT
8 biji tomato kecil
Garam dan serbuk perasa secukupnya.


Bahan-bahan ditumbuk halus:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih 
3 sm halia


Cara penyediaannya

Kupas telur dan ketepikan. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Masukkan serbuk kunyit dan serbuk rempah kari. Masukkan susu, tomato, garam dan serbuk perasa. Biar higga mendidih. Masukkan telur rebus. Belah telur sewaktu menghidang.

Mudah je kan.Selamat mencuba.

Friday 25 April 2014

Resepi Kue Teaw Ladna Pedas

KUE TEAW LADNA PEDAS



Kalau dah jemu asyik makan nasi je,cuba cubalah menu lain pula.Harini nak cuba kue teaw ladna tapi pedas sikit.Biasa makan kat kedai rasanya manis sedikit.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

100 gm kue teaw
50 gm udang
50 gm sotong (dipotong)
50 gm daging ayam (dipotong)
1 tangkai sawi (dipotong)
sedikit kobis

1 cawan stok daging
2 sudu besar kicap pekat
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar tepung jagung + air
1 biji telur
Minyak masak & garam


Cara penyediaannya

Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan kue teaw & kicap pekat. Gorengkan selama 2 minit. Angkat & masukkan ke dalam mangkuk. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan sos
tiram, sawi, kobis, ayam, sotong, udang, garam & stok daging. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung & masak hingga mendidih.


Siap sudah.Tuangkan sos yang sudah di masak tadi di atas kue teaw.


Resepi Ikan Cencaru Bersumbat

IKAN CENCARU BERSUMBAT



Biasanya ikan cencaru orang lebih gemar bakar daun pisang cicih sambal kicap.Memang kena dengan selera.Tapi cuba kita try resepi ni,cencaru bersumbat.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

2 ekor ikan cencaru, anggar 1 kg berat
Minyak untuk dilengser
1 ½ camca besar mentega-untuk disumbat
½ biji bawang besar, dicincang-untuk disumbat
8 tangkai daun sup, dihiris batangnya sahaja-untuk disumbat
1 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris-untuk disumbat
3 tangkai daun bawang, dihiris-untuk disumbat

1 ulas bawang putih, dicincang-untuk disumbat
½ cawan kerang, direbus dan dihiris-untuk disumbat
½ camca teh serbuk lada sulah-untuk disumbat
1 camca besar cili giling-untuk disumbat
Garam secukup rasa-untuk disumbat
1 biji telur-untuk disumbat
½ cawan serbuk roti-untuk disumbat


Cara penyediaannya

Cairkan mentega di dalam periuk. Tumis bawang besar, batang daun suo, cili merah, daun bawang dan bawang putih. Kacau hingga wangi. Masukkan kerang, serbuk lada sulah dan cili giling. Kacau rata. Angkat dan masukkan garam, telur dan serbuk roti. Kacau hingga ia sebati. Alas kertas timah pada tin bakar dan lengserkan dengan sedikit minyak. Letak ikan yang telah dibuang tulang tengahnya melalui bahangian perut, di atas kertas timah dan masukkan inti ke dalam perut ikan. Bakar ikan 30-40 minit pada suhu 200'c. Apabila ikan masak, angkat dan letakkan di dalam piring. Siat kulit ikan pada bahagian atasnya dan tuangkan sos dadih.


Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas

IKAN PARI MASAK ASAM PEDAS



Ikan pari adalah ikan yang biasa di masak asam pedas.Isinya yang kenyal memang sedap.Mari kita tengok resepinya.

Bahan bahannya

600 gm ikan pari
300 gm bendir
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan
4 - 6 helai daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya

Bahan-bahan digiling halus:
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia


Cara penyediaannya

Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata. Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan garam. Kacau rata.

Hidangkan bersama nasi panas.Untuk tambahan,selitkan bersama telu asin dan sambal belacan.

Resepi Sup Daging Berperisa

SUP DAGING BERPERISA



Bagi mereka yang gemar menikmati sup,terutamanya sup daging,bolehlah cuba pula sup daging berperisa.Juga sesuai untuk mereka yang menghidapi demam,untuk melegakan badan.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

Bahan Rempah: 
2 tangkai cili hijau 
4 ulas bawang putih 
1 biji bawang merah besar 
1 cm halia 
Bahan diatas dikisar halus. 
200 gram daging lembu (dipotong kecil) 
4 sudu besar rempah sup (serbuk) 
5 gelas air 
1 sudu kecil minyak (mudah empuk) 

Daun sup dan daun bawang (hiasan) 
Bawang goreng (hiasan) 


Cara caranya

Satukan air, daging dan bahan rempah dan minyak. Rebus selama setengah jam. Kacau menggunakan senduk kayu. Perisakan dengan garam sesedap rasa.

Jika ingin lebih sedap,boleh tambahkan batang caleri.Rasanya lebih wangi.Selamat mencuba.

Resepi Sup Ayam Berempah

SUP AYAM BEREMPAH



Sesekali panaskan badan dengan menghirup sup memang enak.Apakata anda cuba sup ayam berempah nie.Elok juga untuk anda yang ingin membuang angin dalam badan.Mari lihat resepinya.

Bahan bahannya

1 ekor ayam muda (dibersihkan & dibiarkan seekor; diperasakan)
Garam & lada sulah secukup rasa
1 sudu minyak makan 
7 ulas bawang merah (dihiris halus)
1 sudu lada hitam

5 ½ cawan air 
2 batang lada merah (dihiris menyerong)
2 batang lada hijau (dihiris menyerong)
2 tangkai daun sup (dicincang halus)
1 tangkai daun bawang (dicincang halus)


Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang putih 
1 hiris halia 
2.5 belacan (dibakar)]


Cara penyediaannya

Pijarkan minyak di atas api yang sederhana & tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan bawang merah,lada hitam,ayam yang telah diperasakan & 1/2 cawan air. Masak denagan bertutup selama 5-10 minit,dengan mengacaunya selkali-sekala. Masukkan air selebihnya & lada. Bubuhkan serbuk perasa secukup rasa.Biarkan hingga mendidih,kemudian kecilkan api & didihkan perlahan-lahan selama 20 minit. Balikkan ayam & terus kana memasak hingga ayam menjadi cukup empuk.Sesuaikan rasanya & angkat dari api. Keluarkan ayam & potongkan besar-besar.Letakkan dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan. Tuangkan sup ke atasnya & taburkan dengan bahan-bahan selebihnya. Hidangkan dengan segera.

Saiz hidangan ini bersesuaian dengan 3 ke 4 orang.Elok di hidangakn sewaktu panas-panas.

Wednesday 23 April 2014

resepi bihun hailam

Bihun Goreng Hailam

Selalu makan kat kedai,bihun goreng hailam macam kurang power.Jadi ambil keputusan nakcari resepi buat sendiri.Dah jumpa and try buat,sedap lagila.Nah share resepinyalah.

Bahan bahannya

600 gm bihun
300 gm daging
300 gm sawi hijau
300 gm bunga kubis
300 gm udang
1 biji kubis
4 biji telur ayam
8 biji cili merah
3 sudu besar minyak

1 sudu besar serbuk lada
4 sudu besar air
1 sudu besar cuka
2 sudu besar kicap
4 ulas bawang putih
3 batang daun saderi
3 batang daun bawang
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara penyediannya.

Rendam bihun selama 1 jam dan toskan. Hiris kubis sebesar 1.5 cm x 2 cm. Potong sawi sepanjang 1.5 cm. Potong daging sebesar 1.5 cm x 1 cm. Rebus telur ayam dan potong nipis-nipis. Potong sepanjang 1 cm bunga kubis, daun saderi, daun bawang dan cili merah. Potong udang sebesar 2 cm. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, serbuk lada, daging dan dua sudu besar air. Apabila daging hampir empuk masukkan udang dan 2 sudu besar air. Masukkan bihun, kubis, sawi, bunga kubis dan kacau rata-rata. Masukkan kicap, cuka, garam, gula, daun bawang dan daun saderi. Kacau rata-rata. Apabila menghidang taburkan cili potong dan telur

Laksa Mee Pangkor

Laksa Mee Pangkor



Bagi yang suka makan laksa,ada pelbagai laksa kat Malaysia ni yang kita boleh cuba.Antara ialah Laksa Mee Pangkor.Memang Laksa ni ada kat Pangkor je kot.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

Bahan A
1. laksa mee (selalu ada kat kedai ubt cina) kalau takde ganti ngan mee kuning.

Bahan B
Untuk sup
1.ikan kembung/ketam.
2.sayur sawi
3.daun sup
4.bawang putih
5.bawang merah

Bahan c
Untuk sayur
1.kacang panjang
2.lobak masin
3.sotong kering
4.bawang putih
5.bawang merah
6.kicap masin /manis

Bahan D
Untuk sambal
1.cili giling
2.bawang putih
Cara:
cara-caranya:
membuat kuah
panaskan minyak
masukkan bawang puti dan merah tumis sehingga garing
masukkan air
masukkan ketam
bila mendidih masukkan sayur ,garam dan perasa.

membuat sayur

panaskan minyak ,masukkan bawang puting dan merah goreng garing masukkan lobak masin,sotong kering,kacang dan kicap manis.

membuat sambal
panaskan minyak masukkan bawang putih dan cili gilang goreng sehingga garing ,masukkn garam secukup rasa.

rebus mee seperti biasa dan hidangkan
Cadangan Hidangan:
letak mee dlm pinggan,bubu sayur,letak sambal dah kuah..

Untuk mendi hidambah rasa, bolehlah ditambah sotong kering.Selamat mencuba.

resepi asam pedas tulang lembu

ASAM PEDAS TULANG LEMBU



Biasanya tulang lembu ni orang buat masak sup,terutamanya di hari gotong royong majlis perkahwinan.Boleh juga di buat masak asm pedas.Bagi sesiapa lom pernah rasa,cubalah buat.Mari tengok resepinya.

Bahan bahannya

1 kg tulang lembu Serangka)
150 gm cili kisar
50 gm bawang merah
30 gm bawang putih
50 gm lengkuas
3 gm halia
3 batang serai
Sedikit belacan
2 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
5 keping asam keping
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan kicap cair
Minyak masak untuk menumis
Sedikit serbuk perasa
Garam secukup rasa
2 biji buah tomato (dipotong empat)


Cara caranya
Potong tulang serangka sebesar dua inci, bersihkan dan rebus sehingga ia empuk bersama sedikit garam, daun kesum, halia dan serai.

Panaskan minyak dan tumiskan bawang bawang merah, bawang putih dan lengkuas, halia, serai dan cili yang dikisar halus sehingga naik baunya.

Masukkan air rebusan tulang lembu tadi bersama sedikit serbuk perasa, daun kesum, bunga kantan, asam keping, kicap pekat, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa dan sedikit gula sekiranya mahu.

Masak sehingga ia mendidih, biarkan di atas api sederhana besar seketika atau sehingga kuahnya pekat.

Masukkan tulang serangka, tunggu sehingga kuahnya sebati, angkat dan hidangkan. Sesuai dihidangkan untuk makan tengahari ataupun sebagai lauk pengantin.

Tuesday 22 April 2014

Resepi rendang tok

RENDANG TOK.



Rendang tok nie memang popular.Bahan asasnya ialah daging.Biasanya kalau menjelang hari raya menu ini adalah wajib untuk dibuat.Mari kita tengok resepinya;

Bahan bahannya

250 ml minyak masak 
3 kuntum bunga lawang 
50 gm serbuk jintan manis 
3 helai daun limau purut 
1 helai daun kunyit 
1 camca teh serbuk kunyit 
3 kg daging 
500 ml santan 
100 gm kerisik 
Sedikit garam dan gula


Bahan-bahan dikisar: 

5 biji bawang besar 
4 ulas bawang putih 
2 cm halia 
1 cm lengkuas 
10 tangkai cili kering 
100 gm buah keras


Cara penyediaannya :
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, bunga lawang dan serbuk jintan manis. Biar hingga garing. 

Masukkan cili kering. Biar hingga terbit minyak. 

Kemudian, masukkan serai bersama buah keras, daun limau purut, daun kunyit dan serbuk kunyit. Biar ia sebentar. 

Masukkan daging bersama santan. Biar hingga kuah mendidih, pekat dan daging lembut. 

Akhir sekali, masukkan kerisik bersama garam dan gula. Kacau hingga sebati.



resepi daging black pepper dgn cendawan

DAGING BLACK PEPPER DENGAN CENDAWAN



Hari ni nak share resepi daging black pepper bersama cendawan.Masakn ni boleh di masak untuk makan malam yang simple tapi mengenyangkan.Mari lihat resepinya.

Bahan bahannya

½ Kg Daging (direbus hingga empuk dan dihiris nipis-nipis) 
2 tangkai cili merah (dihiris kasar) 
2 tangkai cili hijau (dihiris kasar) 
1 labu bawang besar (dihiris nipis) 
2 labu bawang merah (ditumbuk) 
3 ulas bawang putih (ditumbuk) 
3 sudu makan minyak untuk menumis

1 cm halia (ditumbuk) 
1 sudu makan sos tiram 
1 sudu makan sos cili LIFE 
1 sudu makan sos tomato 
1 sudu teh serbuk lada hitam 
Daun Orenggano 
Sedikit Lada Sulah 
Secubit gula 
Garam secukup rasa 


Cara penyediaannya :

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau. 
2. Masukkan cili, halia dan sebahagian daripada bawang besar yang telah dihiris. Tunggu sebentar sehingga bawang agak kekuningan. 
3. Kemudian masukkan daging dan lada hitam, goreng sehingga agak garing. 
4. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili serentak. 
5. Masukkan lebihan bawang besar, lada sulah dan daun Orengano. Kacau dan masukkan gula dan garam. 


Siap sudah.Enak kalau di hidangkan bersama nasi panas.

Monday 21 April 2014

Resepi Asam Pedas Sardin

ASAM PEDAS SARDIN



Penggemar asam pedas boleh mempelbagaikan masakannya.Salah satunya menggunakan sardin dalam masakan.Kalau malas nak mencari ikan segar,sardin dalam tin pun boleh juga di buat asam pedas.Sedap.

Bahan bahannya
1 tin sardine saiz besar (mat guna jenama "Pertima", ada 4 ekor ikan)
1 gengga daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah dua
1 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
1 biji tomato, belah 4
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia tua
1/2 inci kunyit hidup
Secubit belacan
1/2 camca teh lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan serai dan lengkuas, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tuang air secukupnya (anggaran 2 cawan), biar mendidih dan masukkan jus asam jawa.
  2. Tambah daun kesom dan ikan sardine dan 2 camca besar sos ikan sardine tadi. Masak dengan api sederhana, masukkan tomato. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti....Selamat mencuba!!

Resepi Pucuk Kayu Gulai Tempoyak

PUCUK KAYU GULAI TEMPOYAK



Gulai pucuk kayu tempoyak nie agak payah nak dapat kalau kat kedai.Kalau nak merasa kenalah balaik ek kampung mintak tok wan masak.Memang meletop.Tapi kali nak share la resepinya.Cubalah,Mana tahu menjadi..

Bahan bahannya
1 ikat pucuk ubi - dimayang halus
2 papan petai - belah dua, ambil isinya
1 ikat pucuk labu - di mayang halus (kalau x ada x apa)
2 batang serai - hiris nipis
2 helai daun kunyit - mayang halus
2 cm kunyit hidup
5 sudu besar tempoyak
15 biji cili api - tumbuk
1 biji kelapa – ambil santannya
1 mangkuk kecil ikan bilis
Garam gula & secukup rasa

CARA :
1. Daun pucuk ubi, daun labu, daun kunyit dan
    serai di hiris halus. Ketepikan.
2. Petai belah dua –ketepikan.
3. Tumbuk kunyit hidup bersama cili padi sehingga lumat.
4. Masukkan tempoyak bersama dengan bahan
   yang dihiris halus, petai dan bahan tumbuk 
   kedalam kuali.
5. Masukkan santan, ikan bilis, garam juga gula.
6. Masak di atas api perlahan.Masak sehingga kuah pekat

Cubalah,,resepi tradisi nie..

resepi Sup Tulang

SUP TULANG 



Kalau teringin nak makan sup tulang,biasanya kena tunggu ada kenduri kahwin baru dapat rasa.Biasanya malam rewang akan ada sup tulang untuk semua yang bergotong royong.Tapi,sekarang nak makan masak saja.Ikutlah resepi ni.Gerenti sedap.

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )

  • 1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
  • 3 biji bawang merah - dimayang halus
  • 1 ulas bawang putih - dimayang halus
  • 2 in halia diketuk
  • 1 sup bunjut
  • 1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
  • bahan penumis :5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji ubi kentang
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 btg celery jika suka
  • 1 kiub pati ayam
  • air
  • bawang goreng dan daun sup

Cara-cara

  1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
  2. Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
  3. Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
  4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
  5. Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
  6. Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan dgn roti bantal. Kalau ada vit. R boleh aje buat roti benggali sofinar or roti nasi onigiri..
Selamat mencuba..

Ketam Gulai Lemak

KETAM MASAK GULAI LEMAK



Ketam adalah makanan laut yang agak suusah untuk di makan.Terdapat pelbagai resepi masakan berasakan ketam.Salah satunya Ketam Gulai Lemak.Mari lihat resepinya.

Bahan bahannya

3 ekor ketam
1½ biji kelapa parut
4 sm kunyit hidup
15 biji cili api
1 biji nenas
2 batang serai
1 helai daun kunyit
Garam dan serbuk perasa secukupnya


Cara Penyediaannya
Bersihkan ketam, kemudian dipotong dua setelah itu basuh dan toskan airnya. Nenas dibersihkan kulit dan matanya kemudian dipotong kecil-kecil. Cili api ditumbuk sersama serai dan kunyit hidup. Kelapa diperah ambil santannya secukup untuk kegunaan. Masukkan ketam ke dalam periuk bersama-sama bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi dengan santan. Jerangkan di atas api. Kemudian masukkan nenas, garam dan serbuk perasa secukupnya sambil dikacau selalu. Bila telah mendidih dan pekat, bolehlah diangkat.



Minimum Linux GB 20GB Web Space 
 No Setup Fee
 Free Templates & Site Builder
 Fantastico Enabled
 10 Addons Domain
 Unlimited POP3 / Web Email
 50 GB Bandwidth Transfer
 Unlimited Sub Domain
 Unlimited mySQL Database
 Web Base Control Panel 
RM 100/- per year
 More


Entrepreneur Linux GB
 40GB Web Space 
 No Setup Fee
 Free Templates & Site Builder
 Fantastico Enabled
 20 Addons Domain
 Tomcat/JAVA Servlet Enable
 Unlimited POP3 / Web Email
 100 GB Bandwidth Transfer
 Unlimited Sub Domain
 Unlimited mySQL Database
 Web Base Control Panel 
RM 250/- per year
 More

Minimum Windows GB
 10GB Web Space 10 GB Email Space
 No Setup Fee
 Unlimited POP3 / Web Email
 50 GB Bandwidth Transfer
 20 Sub Domain
 mySQL/ODBC Database
 ASP .NET 1.1/2.0
 Web Base Control Panel 
RM 100/- per year
 More



Mid Windows GB 20GB Web Space 
 20 GB Email Space
 No Setup Fee
 Unlimited POP3 / Web Email
 Dedicated IP Address
 200 GB Bandwidth Transfer
 Unlimited Sub Domain
 mySQL/ODBC Database
 MSSQL 2000 Database
 ASP .NET 1.1/2.0
 Web Base Control Panel 
RM 450/- per year
 More


Powered by Blogger.

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top