Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Saturday, 10 May 2014

Resepi Mee Yee Udang

MEE YEE UDANG





Mee Yee Udang memang adalah menu yang popular terutamanya di utara semenanjung.Ia juga sesuai untuk di hidangkan kepada tetamu yang berkunjung kerumah kerana ianya mudah untuk disediakan.Jom lihat cara membuatnya.

Bahan bahannya

1 keping mi yee
40 gm halia (dihiris)
30 gm daun bawang (dihiris)
30 gm kobis panjang (dihiris)
½ lobak merah (dihiris)
4 ekor udang sederhana besar
3 cawan stok ayam
2 ulas bawang puith (dicincang)
1 biji telur (dipukul)
Sedikit tepung jagung + air
1 sudu besar sos tiram
Minyak masak, garam, & serbuk lada sulah

Caranya

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih & udang. Masukkan sayur-sayuran & stok ayam. Apabila mendidih, tambahkan sos tiram & tepung jagung. Kacaukan supaya pekat. Sterusnya, masukkan telur & gaulkan hingga rata. Akhir sekali, masukkan mi yee & masak selama 5 minit.

Mudah saje.Hidangkan panas-panas.Selamat mencuba.

Sunday, 4 May 2014

Resepi Udang Mamak

UDANG MASAK MAMAK



Sesekali bolehlah cuba masakkan udang masak mamak nie.Masakan mamak biasanya bermain dengan kari.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

Bahan-bahan menumis: 
Bawang besar (dicincang dadu halus) 
Halia (dicincang dadu halus) 
Bawang putih (dicincang dadu halus) 
Serai (dikatok) 
Daun pandan (digunting-gunting) 
Pelengkap sup ( bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga) 

Udang kasar 
Rempah daging 
Santan 
Sos tomato 
Garam 
Gula 


Caranya

Gaulkan udang dengan sedikit serbuk kunyit kemudian goreng separuh masak. 

Selesai menggoreng, gunakan minyak bekas menggoreng udang utk menumis bahan-bahan tumis. 

Setelah bahan-bahan tumis berbau wangi, masukkan sedikit rempah daging. Kacau campuran sampai sebati. 

Masukkan kira-kira satu gelas santan pekat yang telah dicampurkan air. 

Masukkan sedikit sos tomato, garam dan gula. 

Masukkan udang dan tunggu sehingga kuah kelihatan pekat.



Tuesday, 15 April 2014

resepi udang goreng rangup

Goreng Udang Ranggup 



Sebagai tambahan kepada menu sedia ada,boleh cuba Goreng Udang Rangup nie.Bagi si Arissa nie adalah kegemarannya.Memang dia seorang akan menghabiskannya.Jom kita lihat resepi mudah nie..

Bahan-Bahan:8 ekor udang besar (dibelah belakang dan dibersihkan)
1 sudu besar tepung ubi
2 biji telur(dipukul sedikit)
½ sudu teh serbuk lada
½ sudu teh gula
1 sudu teh kicap
Garam secukup rasa
Bahan untuk sos:

4 biji cili besar (dikisar halus)
2 sudu besar gula (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu besar cuka (dikisar halus)


Cara:Gaul udang dengan tepung ubi. campurkan kesemua bahan lain dan goreng sehingga garing. Sedap dimakan panas dengan sos.

Dah siap kan..mudah saje..
Powered by Blogger.

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top