Saturday, 31 May 2014

Kek Kukus Buah-buahan

KEK KUKUS PERASA BUAH-BUAHAN


Mari kita lihat resepi kek kukus perasa buah-buahan.Agak mudah untuk menyediakannya.

Bahan bahan:

350 gm tepung biskut marie
1 tin susu pekat
125 gm gula halus
10 biji telur
400 gm mentega
½ tin kelapa kering (parut)
1 kotak buah-buahan campuran
1 camca teh esen vanila

Caranya:

Putar telur dengan gula hingga kembang. Putar pula mentega, esen vanila dan susu berasingan sehingga cair. Campurkan kedua-dua adunan ini dan kacau hingga rata. Masukkan tepung biskut marie, kelapa kering dan buah-buahan campuran sedikit-sedikit dan adun hingga sebati. Sediakan acuan yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tuangkan adunan dan kukuslah hingga masak.

Thursday, 29 May 2014

Resepi Asam Pedas Muar

ASAM PEDAS MUAR.


Biasanya kalau bercakap bab asam pedas tentulah yang terkenal asam pedas melaka.Kali ni kita lihat pulak asam pedas muar.Pun terkenal juga di Parit Jawa.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya:

½ Kilo Ikan Pari (di cuci) 
kunyit serbuk 
garam 
asam jawa 
Bahan A ( di Kisar) 
$1 cili kering 
2 Biji Bawang Besar 
3 Ulas bawang Putih 
½ inc kunyit Basah 
2inc Belacan 
Lada hitam
Bahan B 

Lobak Masin (jika Suka) 
Daun Kesum 
Garam & Perasa 
Asam Jawa( jadikan air asam)

Caranya:

1. Mula-mula ikan di bersihkan dan dicuci bersama sedikit garam dan asam jawa. 
2. setelah di cuci bersih gaulkan bersama serbuk kunyit dan sedikit garam 
3. Kemudian panaskan periuk dan tumis bahan blender hingga naik minyak 
4. masukkan juga daun kesum bersama untuk menaikan bau. 
5. setelah naik minyak masukan ikan dan kacau selama beberapa minit. 
6. setelah ikan agak sebati dengan cili campurkan air asam jawa dan air . kacau dan biarkan mendidih 
7.setelah mendidih masukkan lobak masin, garam dan serbuk perasa . kacau sekejap dan biar dia mendidh dengan api yang sederhana. 
8.akhir sekali tutup api dan boleh lah di hidang.

Bau asam pedas memang menggoda.Bagi yang tidak tahu,kuahnya kalau di cicah bersama roti ataupun jempu-jemput goreng pun sodapp..Selamat mencuba.


Monday, 26 May 2014

Resepi Aiskrim Goreng

AISKRIM GORENG


Kalau tiada idea untuk minum petang,bolehlah anda cuba buat aiskrim goreng.Mudah saja.Bahan bahannya pun senang.Jom tengok caranya bagaimana.

Bahan bahannya.

1 bungkus roti 
Serbuk Roti agak2 je 
1 tupperwear Ais krim (tak kira apa rasa) 
4 biji telor (Dipukul)

Air kosong - sikit je 
Minyak untuk mengoreng


Caranya

Ambil sekeping roti dan basahkan sedikit dengan air kosong.Kemudian masukkan aiskrim kedalam roti tadi dan di tutup.Anda boleh jadikan bentuk bulat ataupun gulung memanjang.Golekkan di atas telor yang sudah di pukul.Kemudian salut dengan serbuk roti(dengan cara menggolek di atasnya).Kemudian goreng di dalam minyak panas hingga agak garing dengan api yang kecil.

MUdah sahajakan,sedap pula.Makan dengan kopi o panas pun sodap,,,Selamat mencuba.

Sunday, 25 May 2014

Resepi Brownie

BROWNIE



Kanak-kanak pasti suka makan Brownie ni.Seperti anak saya yang penggemar coklat,pasti akan minta di buatkan  brownie bila saya kelapangan.Jom lihat resepi dan caranya.

Bahan bahannya :

½ cawan marjerin
50 g coklat buku
1½ cawan serbuk biskut manis coklat
1 cawan kelapa kering
½ cawan kacang tanah (dikisar kasar)
½ cawan air
1 camca teh esen vanila
100 g coklat buku (dicairkan)

caranya

Satukan marjerin dan coklat buku ke dalam satu bekas. Letakkan bekas ini di atas periuk berisi air panas. Kacau sehingga coklat cair. Angkat bekas coklat dari air panas. Masukkan biskut, kelapa, gula, air, dan vanila. Tuangkan adunan ke dalam tin yang telah dialas dan dilenser dengan kertas minyak. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Keluarkan dari peti sejuk, tuangkan coklat cair dan ratakan. Biarkan brownie agak keras sebelum dipotong kepada empat persegi.

Cubalah.Mudah kan.Selamat mencuba..

Resepi Kek Marbel

KEK MARBEL


Harini nak share resepi kek marbel.Haritu singgah di rumah kawan di hidangkan pula dengan kek marbel ni.Terus mintak resepinya.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya:

100 gm mentega tanpa lemak 
100 gm gula ising 
3 biji telur (ambil 2 kuning dan 3 putih) 
200 gm tepung naik sendiri 
2 sudu makan susu cair 
1 camca teh asen vanilla 
serbuk koko (ikut suka)

Caranya

Pukul mentega dan gula ising hingga betul-betul kembang. Kemudian, masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan asen vanilla dan susu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan. 

Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan sedikit mentega. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang. Bakar adunan selama 20 hingga 30 minit dengan suhu 180 C.

Mudah sahajakan.Resepi sesuai untuk santapan 5 orang.Untuk pewarna anda boleh ubah ikut selera anda dan bolehlah di tambah dengan coklat chip.Selamat mencuba,

Friday, 23 May 2014

Resepi Agar-Agar Pisang

AGAR-AGAR PISANG.


Agar-agar nie boleh di pelbagaikan perisanya.Ikut selera anda.Kali saya nak share agar-agar pisang.Cubalah..memang sedap.Mari tengok resepi dan caranya.

Bahan bahannya:

100 gm pisang lemak manis-dilecek
10 gm agar-agar serbuk
150 ml susu rendah lemak
30 gm kastard
800 ml air
100 gm kismis
5 ml esen vanila

Caranya

Agar-agar dimasak dengan air hingga mendidih. Masukkan pisang, esen vanila, adunan susu kastard dan masak hingga kelihatan berkilat. Masukkan kismis dan biarkan mendidih di atas dapur hingga kismis kelihatan kembang barulah dituangkan ke dalam acuan. Bekukan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Sedap di makan ketika masih sejuk.Sesuai juga di hidangkan untuk majlis -majlis ringan anda.Selamat mencuba..

Thursday, 22 May 2014

Resepi Kek Gula Hangus

KEK GULA HANGUS.



Kali nie nak share la resepi kek yang paling mudah,kek gula hangus.Walaupun begitu,rasanya masih tidak mengecewakan.Nari kita pantau resepinya,

Bahan bahan

2 cawan gula halus
2 cawan air
2 anya

cawan tepung gandum
4 biji telur
2 sudu teh baking powder
3 sudu besar air panas (mendidih)
1 tin susu cair
250 gm mentega


Caranya

Panaskan gula halus hingga menjadi hangus. Masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih hingga 1/2 cawan. Biarkan sejuk. Di dalam mangkuk, masukkan susu cair, tepung, telur dan mentega hingga menjadi sebati dengan perlahan-lahan. Masukkan baking powder dengan air panas. Masukkan ke dalam acuan kek dan bakar di dalam kepanasan 180C selama 40 minit dan tutup.

Mudah sahajakan.Selamat mencuba...

Wednesday, 21 May 2014

Resepi Kek Coklat

KEK COKLAT


Bagi memeriahkan suasana minum petang anda,bolehlah anda hidangkan kek coklat.Pasti ahli keluarga anda puas menikmatinya.Kek coklat mudah untuk disediakan.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya.

5 biji telur ayam 
1 ¼ butter 
11 oz tepung gandum (diayak) 
500 gm gula pasir (dikisar halus & diayak) 
3oz serbuk coklat (diayak bersama tepung) 
350 ml susu (susu segar) 
2 camca teh esen vanila 
1 camcateh soda bicarbonat (diayak bersama tepung 
2 camcateh baking powder (diayak bersama tepung

Caranya

Pukul butter dan gula hingga kembang, 
kemudian masukkan telur dan esen vanila, pukul hingga kembang lagi. 

Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar. 

Pukul hingga sebati, bakar dalam oven bersuhu 280°c & bakar hingga masak.

Siap untuk di hidangkan.Kek ini lebih enak jika ianya sedikit lembab.Unutk manisnya,anda boleh kurangkan gula jika mau.Selamat mencuba...

Tuesday, 20 May 2014

Resepi Kek Aiskrim

KEK AISKRIM



Harini nak share resepi kek aiskrim pulalah.Ianya agak ringkas dan mudah untuk di buat.Sesuai untuk di jadikan menu minum petang anda.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya.

Bahan kulit:

80 gm hirisan badam
1 kotak kecil butter cookies
1 kotak kecil biskut oren
125 gm mentega
Strawberi secukupnya


Bahan inti:

Aiskrim perisa strawberi
Aiskrim perisa coklat
500 gm krim putar


Caranya

Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius. Bakar badam sehingga ranggup.

Hancurkan butter cookies, biskut oren dan badam. Masukkan mentega.

Tekan adunan pada bahagian bawah tin bakar.

Bakar selama 12 minit atau sehingga keemasan. Biarkan sejuk.

Kemudian ratakan aiskrim perasa strawberi pada bahagian luar di dalam tin bakar agar bahagian bawah berbentuk seperti kawah. Bekukan selama sejam.

Setelah keras, ratakan aiskrim coklat di bahagian tengah kek. Bekukan lagi selama sejam.

Hiaskan atas kek dengan strawberi, krim putar dan starwberi.


Nampak rinkas dan mudah kan.Rasanya pun pasti sedap.Anda boleh pelbagaikan perasa mengikut selera anda.Anak-anak pasti bangga debgan anda kerana mereka pasti menyukainya.Selamat mencuba..

Monday, 19 May 2014

Resepi Agar-Agar Belang

AGAR-AGAR BELANG


Agar-agar memang kesukaan kanak-kanak.Bahkan orang dewasa turut menggemarinya.Pelbagai cara yang kita boleh olah untuk menjadikan agar-agar tampil menarik.Salah satunya agar-agar belang ini.Jom tengok resepi dan caranya.

Bahan bahannya

37.5 g agar-agar
45 g mentega
2 biji kuning telur
1 cawan gula pasir
½ cawan susu pekat
4 cawan air
1 sudu besar Nescafe
1 sudu besar air panas dicampurkan
½ sudu teh esen vanila
Bahan pewarna

Caranya

Masak agar-agar hingga hancur. Angkat dan ditapis. Pukul gula dengan mentega hingga kembang, masukkan kuning telur dan susu pekat. Masukkan esen vanila kacau supaya rata. Bahagilan kepada 3 bahagian. Satu bahagian campurkan dengan bancuhan Nescafe, satu ikut suka dan satu lagi biarkan kosong. Tuangkan ke dalam acuan. selang-selikan warnanya. Biarkan sampai beku.

Memang nampak menarik dan sedap.Lagipula dihidangkan untuk minum petang,pasti family anda suka.Selamat mencuba..

Resepi Blackberry Cheese Kek

BLACKBERRY CHEESE CAKE


Kali nie nak share resepi Blacberry Cheese Cake.Biasalah kek nie nak buat ambik masa sikit.Dah try buat sekali memang sedap.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya.

Untuk Base: 
1 peket biskut digestives 
2 cawan cornflakes 
3 sudu besar gula perang 
3 sudu besar mentega lembik 

Untuk Filling: 
750 gm (3 peket) Philadelphia Cream Cheese 
225 gm gula caster 
1 sudu besar tepung jagung 
2 biji telur 
150 ml (1 pek kecil) yogurt perasa strawberry 
1 tin blackberry (brand S&W); ditapis (hanya ambil buahnya sahaja)

Caranya

Biar semua bahan pada suhu bilik 
Panaskan oven pada suhu 180C. 

Cara Untuk Base: 
Kisar atau hancurkan biskut dan cornflakes hingga halus. 
Campurkan gula dan mentega hingga sebati ke dalam adunan biskut itu. 
Dalam acuan 'springform' atau 'loose bottom' bulat 23 cm, tekankan adunan base itu hingga rata dan kejap. 
Bakar base selama 7 minit. Ketepikan. 


Cara Untuk Filling: 
Pukul cream cheese dan gula selama 3 minit. 
Kemudian ayak ke dalam adunan cheese itu tepung jagung. Pukul lagi sehingga kembang dan tidak berbintil. 
Masukkan telur satu persatu. 
Masukkan yogurt. Kacau sampai sebati. 
Dengan menggunakan udip atau spatula, kaup balikkan buah blackberry itu hingga rata dalam adunan. 
Tuang adunan itu atas base yang telah tersedia. 
Bakar selama 30 minit atau hingga tepi kek sudah tertarik dari acunya. 
Setelah masak, tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama sejam. Renggangkan pintu oven dengan sudip kayu agar terbuka sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk.

Ok,setelah sejuk bolehla mula menghias kek tadi.Bolehlah gunakan jelly blueberry segera dalam suku peket dan diacairkan menggunakan air panas.Ratakan sahaja di tas permukaan rata kek anda.Selamat Mencuba..

Resepi Bubur Ayam

BUBUR AYAM


Kadangkala kita mesti rasa bosan tentang apa yang kita mau makan.Asyik-asyik menu yang sama.Apa kata cuba pula bubur ayam nie.Kena pada tempatnya memang aka terbuka selera anda menikmatinya.Jom semak resepi mudah ini.

Bahan bahannya

Isi Ayam (direbus dan di siat siat) 
1 cawan beras 
1 inci halia 
3 biji bawang merah 
2 biji bawang putih 
1 batang Lobak merah (potong seperti lidi) 
Air 
Minyak (untuk menumis) 
Sediki daun bawang 
Sedikit garam 
Sedikit lada sulah 


Caranya

Halia, bawang merah dan bawang putih hi campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi. 

Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati. 

Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak. 

Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata. 

Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan).


Siap untuk di hidangkan.Mudah sahaja kan.Lebih enak kalau di makan bersama telur asin dan taburkan cili bagi yang gemar pedas.Selamat mencuba.

Sunday, 18 May 2014

Resepi Cheese Kek

CHEESE KEK


Bagi penggemar kek,pasti cheese kek adalah pilihan utama.Kalau nak makan cheese kek biasanya anda perlu membayar dengan harga yang mahal.Apa kata anda buat sendiri di rumah.Ikutilah resepi ini.

Bahan bahannya

500 gram keju 
3 sudu besar jus oren 
¾ cawan coklet 
250 gram buter 
6 oz gula halus 
100 gram tepung gandum 
4 sudu besar air 
3 sudu susu tepung 
4 biji telur

Caranya

Pukul keju dengan gula selama 5 minit. Masukkan butter pukul sampai berkrim, masukkan telur satu persatu ,selepas itu masukkan tepung gandum berserta dengan susu tepung.Diikuti dengan air berserta sekali dengan jus oren.Selepas adunan dicampurkan semua pukul hingga sebati. masukkan dalam ketuhar dan bakar hingga masak dalam suhu sederhana.

Mudah sahaja kan.Memang berbaloi kalau kita buat sendiri.Cuma masa yang kita perlu luangkan untuk membuatnya.Selamat mencuba.

Saturday, 17 May 2014

Resepi Pandan Cup Cake

PANDAN CUP CAKE


Cup Cake menjadi satu kemestian sekarang ini di dalam majlis-majlis tak kira kecil atau besar.ontohnya seperti majlis hari jadi.Boleh di hasilkan dari pelbagai perisa.Hari ni nak share resepi Pandan Cup Cake.Tentulah perisa pandan kan.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

250 gm mentega
30 gm coklat nutella (nutella chocolate)
230 gm tepung naik sendiri 
230 gm gula halus
1 sudu besar pes pandan
6 biji kuning telur (besar)
5 biji putih telur (besar)
Mangkuk kertas secukupnya
Ceri hijau untuk hiasan

Caranya

Mentega, nutella, pandan pes dipukul hingga pekat, masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga kembang, campurkan tepung naik sendiri sambil terus dipukul, ketepikan sebentar. Dalam bekas lain pukul putih telur hingga pekat dan kembang, campurkan ke dalam mentega pukul hingga rata. Isikan ke dalam mangkuk kertas, hias dengan ceri hijau dan bakar selama 35-40 minit dalam ketuhar bersuhu 150-175'C.

Sudah siap.Anda boleh jadikan kek ini sebagai buah tangan di majlis harijadi ataupun menu minum petang yang enak.Selamat mencuba.

Resepi Kari Kambing

KARI KAMBING


Daging kambing adalah daging yang terbaik sebenarnya untuk dinikmati.Sebagai muslim,daging kambing sepatutnya di jadikan makanan utama berbanding lembu atau kerbau.Dan kari kambing adalah menu yang sinonim dengan daging kambing.Jon semak resepinya.

Bahan bahannya

1 kg bahu kambing yang bertulang
(dipotong dadu sebesar 2.5 cm. 
125 g minyak sapi
1 kuntung bunga lawang
1 camca adas 
1 camca kakas
5 cm kayu manis
20 ulas bawang merah (dihiris nipis)
8 ulas bawang putih 
2 camca serbuk rempah kari 
Sedikit air (digaul menjadi pes)
5 batang lada hijau (digiling) 
5 batang lada merah(digiling
2.5 cm kunyit hidup(digiling)
Gram secukup rasa 
450 ml pati santan

Caranya

Pijarkan minyak sapi dalam sebuah kuali besi & masukkan kesemua rempah kering tadi. Tumiskan sehingga wangi, Kemudian masukkan bawang merah & bawang putih. Kecilkan api & mask sehingga layu. Masukkan rempah kari & kacau rata-rata. Apabila naik baunya, masukkan lada hijau yang telah digiling pes & pes kunyit. Masukkan daging & garam secukup rasa. Goreng sehingga tergaul rata.Masukkan santan & kacau sehingga mendidih. Kecilkan api & biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga dagaing itu empuk. Rasa garamnya & turunkan daripada api.

Memang menyelerakan.Kari kambing sesuai juga dimakan dengan roti canai.Sebagi tambahan,susu sejatbjuga boleh di gunakanbagi menggantikan santan.Hanya perlu didihkan perlahan-lahan dengan periuk yang bertutup sehingga daging empok.Selamat mencuba.

Resepi Udang Galah Masak Merah

UDANG GALAH MASAK MERAH


Udang galah adalah menu yang tinggi nilainya.Bukan selalu dapay menikmatinya berikutan harga udang galah memang agak mahal.Tapi bila ada udang galahnya,resepi ini mesti di cuba.Jom tengok resepinya.

Bahan-bahannya

15 ekor udang galah
1 biji kelapa tua
200 gm puri tomato
200 gm cili boh
400 gm bawang besar
50 gm bawang putih
30 gm daun bawang
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 tin minyak sapi
5 gm bunga lawang
5 gm kulit kayu manis
5 gm bunga cengkih
50 gm serbuk kunyit
3 tangkai serai

Caranya

Udang galah dibersihkan, digaulkan bersama kunyit serbuk & sedikit garam. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng udang galah. Ketepikan sedikit minyak masak untuk menumis. Sesudah minyak panas, masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, serai, bawang merah, bawang putih, cili boh,puri tomato & santan. Tunggu sehingga mendidih, masukkan garam & gula secukup rasa. Potong daun bawang, letakkan di atas udang galah.

Hidangkan bersama nasi yang masih panas.Memang menyelerakan.Selamat mencuba.

Resepi Pavlova

PAVLOVA


Mesti ramai yang suka makan Pavlova.Kalau makan di luar harganya boleh tahan juga kan.Bagi sesiapa yang gemar makan tu apa kata cuba buat sendiri.Sememangnya mudah dan ringkas.

Bahan-bahannya

4 biji telor (putihnya sahaja)
1 sudu tepung jagung
1 sudu essen vanila
1 sudu cuka makan
1/4 cawan gula
whipping cream
buah-buahan (yang masan seeloknya)

Caranya

Panaskan oven pada suhu 150'c.Kemudian putar putih telur tadi.Pastikan mixer anda bersih dan bebas dari bedasing.Masukkan gula perlahan-lahan,sedikit demi sedikit sehingga berkilat.Kemudian masukkan tepung,essen vanila dan cuka makan.Putar hingga sebati.
Letakkan di atas kertas khas ubtuk membakar di dalam oven.Suhu antara 130-140 selama sejam.
Untuk krim,putar whipping cream hingga kental.Sapukan diatas merigue yang dah masak tadi.Boleh hias dengan buah-buahan atau apa sahaja ikut suka.Sejukkan dalam 30 minit dalam peti sejuk.Boleh di hidangkan.Pasti sedap.Selamat mencuba.

Friday, 16 May 2014

Resepi Kek Minyak

RESEPI KEK MINYAK.



Terdapat pelbagai jenis kek sekarang nie.Yang gebu,yang keras,yang melekit semua ada.Yang berminyak pula pun ada.Kek minyak ni memang gebu rupanya.Bagi sesapa nak cuba bolehlah ikut resepi ini.

Bahan bahannya


Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus 
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat 
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2.
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.
Memang sedap la.Anak-anak pasti menyukainya.

Resepi Puding Kek Gulung

PUDING KEK GULUNG



Menyediakan minum petang memang memeningkan kepala kadangkala.Bosan dengan menu goreng-goreng?Jom cuba buat puding kek gulung.Mesti suka ahli keluarga minum petang bersama-sama.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

30 gram agar-agar 
1 tin susu cair 
2 cawan gula 
5 cawan air 
2 biji telur (dipukul) 
3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu mentega 
1 tin buah koktail 
1 biji kek gulung 
secubit garam 
1 camca teh asen vanilla

Caranya

Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga agak masak. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.

Untuk lebih enak,bolehlah di hidangkan bersama aiskrim berperisa vanila atau coklat.Memang nyaman menikmatinya di waktu petang.

Thursday, 15 May 2014

Resepi Udang Percik

UDANG PERCIK.



Pertama kali dengar tentang udang percik.Itupun semasa singgah di rumah kawan lama.Di hidangkan dengan menu tersebut.Terasa nak share la resepinya.Jom tengok.

Bahan bahannya

1 kg udang(saiz sederhana)
100 gm bawang kecil(dikisar halus)
20 gm bawang putih(dikisar halus)
20 gm halia(dikisar halus)
4 batang serai(dikisar halus)
100 gm lengkuas(dikisar halus)
30 gm belacan(dikisar halus)
10 gm jintan putih(dikisar halus)
30 gm cili kering(dikisar halus)
1 biji kelapa(ambil santan)
1 keping gula melaka

Caranya

Perapkan udang dengan sebahagian bahan rempah lalu digoreng & toskan. Sebahagian lagi rempah ditumis hingga naik bau. Kemudian masukkan santan bila pekat, tuangkan di atas udang.

Em,,memang menarik.Sedap di makan begitu sahaja macam iklan roti Gardenia.Cubalah..Anda dapat menghasilkan sesuatu yang baru.

Resepi Kek Coklat Moist

KEK COKLAT MOIST.



Kebelakangan ini,penjualan kek telah mula melonjak.Kebanyakan penjual baru yang muncul adalah peniaga online.Bagi yang menggemari  kek coklat moist,bolehlah tengok resepi di bawah.

Bahan bahannya

Bahan-bahan: 
250 gm mentega 
1 ¾ cawan gula castor 
5 biji telur 
½ sudu kecil esen vanila 
¾ cawan koko 
2 cawan tepung naik sendiri 
½ sudu kecil soda bikarbonat 
1 cawan susu coklat yg disejukkan 

Topping: 
¾ gula icing 
¾ koko 
½ cawan susu coklat 
1 sudu kecil mentega

Caranya

pukul mentega dan gula castor hingga kembang.masukkan telur sebiji sebiji dan esen vanila.ayak tepung naik sendiri,koko dan soda bikarbonat bersama dan kemudian masukkan ke dalam campuran tadi bersama susu coklat berselang seli. 

topping: 
masukkan koko,gula icing dan mentega ke dalam kuali yg dah di'double boili

Selesai sudah.sesuai untuk hidangan petang.Hiasilah dengan keratan badam ataupun taburan coklat rice.Selamat mencuba.

Resepi Ayam Goreng Hainan

AYAM GORENG ALA HAINAN.


Biasanya ayam goreng akan di goreng biasa ataupun berempah.Kali ni nak share ayam goreng ala Hainan.Kalau biasa makan nasi ayam hainan,agaknya mesti tau macammana rasanya.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

Ayam seekor dipotong 12 

BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR : 
Bawang Putih 
Bawang Merah 
Kunyit Basah 
Kunyit serbuk 
Lada Hitam 
Ketumbar 
Halia 
Lengkuas 
Daun Limau Purut 
Limau Nipis 
Serai 4 batang 
Kicap Hainan 
4 sudu makan madu 
Garam 
Serbuk Perasa 
Minyak Menggoreng 

Caranya

Ayam tersebut digaul dengan bahan-bahan yg telah dikisar tadi. Kemudian peramkan selama 1 jam. Selepas itu digoreng dengan api yang perlahan dan ditutup. (sekiranya menggunakan kuali) 

Pasti menyelerakan.Bau dan aroma nya memikat selera.Hiasi hidangan anda dengan daun salad,timun dan tomato di sekelilingnya.Selamat mencuba..

Wednesday, 14 May 2014

Kari Daging

KARI DAGING


Kari daging memang menu yang sedap dan berbaloi untuk di masak.Ini kerana kuah kari daging itu juga boleh dimakan bersama roti.Jom kita lihat resepinya.

Bahan bahannya


500 g daging lembu (dipotong-potong)
900 ml air bergaram yang mendidih 
½ biji kelapa (diparut)
½ cawan minyak masak
1 camca serbuk kunyit 
Garam & serbuk perasa secukup rasa
asam jawa yang tak berbiji- sekepal limau kasturi

Bahan Tumbuk:
15-20 batang lada kering (direndam &ditoskan)
5 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih 
½ biji kelapa (diparut & direndang)
1 camca ketumbar 
1 camca jinyan manis 
1 camca gula pasir 
½ halia

Caranya

Masukkan daging kedalam air mendidih & rebus hingga empuk. Angkat dari api & keluarkan daging itu. Simpan air rebusan.Gunakan air rebusan untuk memerah santan pekat dari kelapa parut. Pijarkan minyak atas api yang sederhana. Masukkan bahan tumbuk & gorengkan hingga keluar minyak. Masukkan potongan-potongan daging, kunyit & bahan perasa.Kcau supaya rata dengan campuran yang telah digoreng.kecilkan api.Campurkan santan & kacau hingga mendidih. Masukkan palpa asam jawa &gaul rata-rata. Masak terus hingga pekat kuahnya.Angkat dari api & isikan kedalam pingan. 

Baunya pasti memikat selera.Bolehlah di hidangkan panas-panas bersama nasi dan juga acar.Selamat mencuba..

Monday, 12 May 2014

Resepi Baked Macaroni With Cheese

BAKED MACARONI WITH CHEESE



Kali ni nak share resepi internasional pulak.Baked Macaroni with cheese.Anak-anak pasti menyukai nie.Jom tengok resepinya.

Bahan-bahannya

475 ml susu segar 
1 helai daun bay 
secubit serbuk buah pala 
50 g mentega 
40 g tepung 

175 g cheese Parmesan atau Cheddar (atau campuran kedua-dua) - (grated) 
40 g serbuk roti 
450 g macaroni (atau pasta yang pendek) 
secubit garam 
sedikit serbuk lada hitam


Caranya

Untuk membuat "bechamel sauce" : 

Panaskan susu dan daun bay di dalam periuk kecil dengan api perlahan. Awas, jangan biarkan ia mendidih. Ketepikan. 

Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan. Masak selama 2-3 minit. Hati-hati agar tidak hangit. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan gaulkan perlahan. Masak sehingga mendidih, kacau selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan sedikit garam dan lada hitam dan serbuk buah pala. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati. 

Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole (oven proof) dan taburkan sedikit serbuk roti. 

Sambil itu, rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted butter) sehingga 3/4 masak atau "al dente". (Tip : kurang sedikit daripada masa yang dianjurkan di paket). 

Buang air rebusan pasta dengan penapis. Masukkan ke dalam "sos bechamel" tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam bekas casserole. Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi. Bakar selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak.


Wah..siap sudah.Sesuai di buat makan petang bersama keluarga.
Powered by Blogger.

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top