Wednesday 25 June 2014

Resepi Ayam Bungkus

AYAM BUNGKUS


Resepi ayam bungkus ini merupakan resepi yang diajarkan oleh kawan saya.Memang jarang sekali membuatnya.Tapi sya sharekan lah,jika ada kalangan pembaca ingin mencuba.

Bahan bahannya

Bahan A 
Kepingan isi ayam sederhana lebar 
2 sudu kecil serbuk lada putih 
1 sudu kecil kicap pekat 
1 sudu kecil madu 
sedikit garam 

Bahan D (Dipotong besar) 
Bunga kobis 
Capcicum 
Baby corn 
Cherry Tomato 
Brocolli 
Lada Hitam - dikisar kasar

Bahan B 
1 sudu besar minyak masak 
3 ulas bawang putih - dicincang halus 
Bahan C (yang telah dipotong kiub kecil) 
1 mangkuk baby carrot 
1 mangkuk cendawan butang 
1 mangkuk bawang besar 
2 sudu besar oyster sauce 
garam  

Caranya

Bahan A 
Gaul semua bahan dan diperap di dalam peti sejuk selama 1/2jam - 1 jam 

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. 

Masukkan bahan-bahan C (carrot, cendawan, bawang, oyster sauce). Gaul sebati. 

Masukkan garam secukup rasa. Ketepikan. 

Keluarkan bahan A 

Ambil sekeping isi ayam dan bentukkan supaya ia boleh diisi dengan inti - samada digulung/dilipat/dikon etc. 

Masukkan bahan gorengan dalam kepingan isi ayam tadi dan kepilkan dengan lidi pencucuk supaya intinya tidak tumpah keluar. Ulangi hingga habis kepingan isi ayam. 

Susunkan kepingan isi ayam tadi ke dalam mangkuk oven. Susunkan Bahan D dikelilingnya, tambah 1/2 cawan air dan tutup dengan aluminium foil. 

Bakar dalam oven selama 1/2 jam. Keluarkan dan tanggalkan aluminium foil tadi. Masukkan kembali ke dalam oven selama 15 minit atau sehingga daging ayam masak. 

Siap untuk dihidang

Tuesday 24 June 2014

Resepi Kuzi Daging

KUZI DAGING.


Menjelang Ramadhan pasti kita dah merancang menu berbuka dan sahur yang simple dan mudah.Cubalah menu kuzi daging nie.mudah saja.Jom tengok bahan bahannya.

Bahan-bahannya:

5 sudu besar minyak masak
600 gm daging (dipotong sederhana besar)
125 ml susu cair
125 ml sos tomato
Sedikit garam dan gula pasir

Bahan-bahan dikisar halus: 
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
4 cm halia
15 biji lada hitam
4-5 bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji pelaga
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit lengkuas

Cara-caranya:

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis Bahan-bahan dikisar halus hingga ia terbit minyak. Masukkan daging bersama susu cair, sos tomato, garam dan gula. Masak hingga daging empuk, dan kuah pekat sambil dikacau sekali-sekala. Angkat.
MUdah sahaja dan cepat.Selamat mencuba..

Monday 23 June 2014

Resepi Ikan Merah Goreng Tiga Rasa

IKAN MERAH GORENG TIGA RASA.



Ikan merah memang ikan yang sangat sedap.Boleh di masak apa saja pasti membangkitkan selera.Lagi-lagi di masak goreng  tiga rasa.Memang meliurkan.Jom lihat resepinya.

Bahan bahannya:

1 ekor ikan (ikut citarasa – Ikan Siakap,Kerapu,Merah/Jenahak)
1 biji bawang besar – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
1 tin tomato puree – sederhana
1 tin nenas – dadu
1 sudu besar cili kisar – ikut citarasa kalau nak lebih pedas
1 biji lemon – jus nya
1 batang timun – Potong ikut suka – macam masak acar
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat manis
Garam & gula secukup rasa
1 biji telur
1/2 cawan jus nenas/air.
Tepung jagung untuk megoreng ikan-nya
Minyak untuk mengoreng dan menumis
Daun lettuce, sup/ketumbar – sebagai hiasan
Bawang goreng

Cara2nya
Sosnya, panaskan minyak di kuali, letakan bawang2 yang dikisar dan cili kisar. Bila ia mula bangkit, letakan tomato puree, sos tirum dan jus lemon dan nenas/air. Letakan garam & gula secukup rasa. Rasa sos nya. Masukan nenas dadu dan gaulkan hingga sebati. Bila mendidih, letakan sedikit kicap pekat sedikit.
Bersihkan ikan, di potong ikut citarasa, letakan garam dan sedikit lada putih.Pecahkan sebiji telur gaulkan pada ikan dan kemudian selaputkan didalam tepung jagung. Panaskan minyak untuk mengoreng.Goreng hingga garing.
Sajikan ikan yang di goreng dipinggan besar. Tuangkan sosnya, letakan timun, daun sup/ketumbar dan taburkan bawang goreng. Sajikan dengan nasi putih panas.

Saturday 14 June 2014

Resepi Mee Hon Goreng Tomyam

MEEHON GORENG TOMYAM.


Pertama kali rasa mee hon goreng tomyam nie memang kagum rasanya pada orang yang menyediakannya.Tak sangka ideanya memang sedap.Jom saya kongsikan resepinya.

Bahan-bahannya:

7 ulas Bawang Merah 
5 ulas Bawang Putih 
5 biji Cili Padi 
1 btg Serai 
3 helai Daun Limau 
(mesin kesemua sampai hancur) 
Sedikit gula 
Sedikit garam
Ayam @ Daging
Udang @ Sotong
1 pek Perasa Tom Yam
1 bungkus Bihun
Sayur Kobis atau Sawi

Caranya
Tumiskan minyak sampai panas, masukkan bahan yang telah dikisar dan pes Tom Yam.Tumiskan sampai garing serta naik bau. Masukkan ayam @ daging. Masukkan sayur dan bihun, gaul sampai rata.Akhir sekali masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa 
Selamat Mencuba....

Sunday 8 June 2014

Resepi Udang Galah Sari manis

UDANG GALAH MASAK SARI MANIS



Kebiasaannya udang Galah di masak gulai kuning.Itu memang sinonimlah dengan udang galah.Kali ni kita share pula Udang Galah Masak Sari Manis.Mesti semanis tukang masaknya.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya:

10 ekor udang galah(cuci bersih toskan)
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
2 biji tomato merah
2 biji bawang besar
2 biji limau kasturi(ambil airnya)
2 biji tomato hijau
1 cawan minyak masak
garam secukup rasa

Caranya:

Udang digaul dgn air limau dan garam, cili hijau,cili merah ditumbuk kasar. Bawang dihiris,tomato dibelah empat. Panaskan minyak,masukkan udang.Setelah masak angkatlah udang.Tumiskan bawang besar,agak masak kemudian masukkan cili yg ditumbuk,gaul rata dgn api sederhana.
Apabila berminyak masukkan udang yang sudah digoreng tadi.Gaul rata,sebelum diangkat masukkan tomato dan hidangkanlah.
Selamat mencuba.

Saturday 7 June 2014

Resepi Rendang Minang

RENDANG MINANG.


Malaysia memang kaya dengan pelbagai resepi masakan.Sebagai contoh,masakan rendang sahaja ada pelbagai jenis seperti rendang tok.Kali nie nak share pulak rendang minang.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya:

Bahan-Bahan Rempah 

15 tangkai cili kering 
10 biji bawang merah 
5 biji bawang putih dikisar 
6 cm halia halus 
4 cm lengkuas 
3 batang serai 
3 biji bawang besar dihiris halus 
3 helai daun salam 
3 biji kelapa (ambil santan pekat 750ml) 
Garam secukup rasa 
Air jika perlu
1 kilo daging bahagian punggung di potong mengikut saiz yang anda suka, cuci dan toskan 
250ml minyak 

Caranya:

Panaskan minyak goreng hirisan bawang besar dan daun salam sampai kuning. 

Tumis bahan kisar sampai masak dan masukkan ketulan daging dan biarkan mereneh. 

Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan sampai menjadi rendang.

Wednesday 4 June 2014

Resepi Asam Pedas Brunei

ASAM PEDAS BRUNEI.


Kebiasaannya masakan asam pedas ni di kaitkan dengan Asam Pedas Melaka dan Asam Pedas Parit Jawa,Muar.Itu yang saya tahulah.Terjumpa pula resepi Asam Pedas Brunei ni.Nak share la,Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya:

1 ekor ikan merah yang sederhana besar 
(disaing dan dipotong ikut suka) 
500 ml air 
½ bawang besar (dihiris) 
3 keping asam gelugur 
1 batang serai (dititik) 
Sedikit garam 
Sedikit minyak untuk menumis 
1 ekor ikan merah yang sederhana besar 
(disaing dan dipotong ikut suka) 
500 ml air 
½ bawang besar (dihiris) 
3 keping asam gelugur 
1 batang serai (dititik) 
Sedikit garam 
Sedikit minyak untuk menumis 

Caranya:

Panaskan minyak tumis bawang besar dahulu barulah masukan bahan kanan dan tumis sehingga mengeluarkan bau, barulah masukkan air. setelah air mendidih masukkan serai,asam, garam dan ikan sehingga masak dan agak pekat.

Mungkin lebih kurang sama dengan masakan asam pedas biasa.uma kuahnya sedikit pekat.Apa salahnya mencuba kan.Selamat mencuba..

Tuesday 3 June 2014

Ayam Bakar Berketumbar Dan Bawang Putih

AYAM BAKAR BERKETUMBAR DAN BAWANG PUTIH.


Harini nak share la masakan antarabangsa sedikit.Ayam bakar berketumbar dan bawang putih.Jom semak resepinya.

Bahan bahannya:

4 ketul daging dada atau paha ayam, dibuang tulang
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar cilantro (daun ketumbar), dicincang halus
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar kicap
2 sudu besar cuka putih (white vinegar)
1 sudu kecil sos worchestershire
½ biji limau nipis, diperah jusnya
¼ cawan sos buah plum
1 sudu kecil bahan perasa Tex-Mex

Caranya:

Daging ayam dibersihkan kemudian dituskan. Campurkan minyak, kicap, sos Worchestershire, juslimau, sos plum dan bawang putih dalam mangkuk kecil. Kacau hingga rata dan ketepikan. Dalam mangkuk yang berasingan, satukan bahan perasa Tex-Mex, cilantro dan cuka putih. Kacau hingga rata dan ketepikan. Lumur hingga rata campuran sos dan bahan perasa Tex-Mex pada daging ayam kemudian perap selama dua jam dalam peti sejuk. Aturkan daging ayam di atas dulang pembakar yang telah disapu minyak kemudian bakar hingga masak.

Memang meruntun selera makan anda.Lebih -lebih lagi kalau di buat ketika majlis makan beramai-ramai antara ahli keluarga.Untuk lebih rasa,seeloknya di bakar dengan arang.

Monday 2 June 2014

Resepi Lontong

LONTONG



Lontong adalah menu sarapan yang agak popular.Mudah sahaja untuk menyediakannya.Jom tengok resepi dan caranya.

Bahan bahannya

2 cawan beras (dikosek & ditoskan)
4 cawan air mendidih

Caranya

Masukkan beras dalam air hingga kembang. Angkat & isikan ke dalam sebuah talam empat persegi tepat atau bujur.Letakkan suatu daun pisang di atasnya & tekankan hingga nasi itu mampat & rata. Letakkan suatu benda berat di atasnya & biarkan hingga nasi sejuk. Keluarkan & potong bentuk dadu besar-besar Hidangkan dengan satay & sambal kacang atau dengan sayur ladeh.Enak juga jika dihidangkan dengan sambal udang atau sambal Goreng Hati.
Powered by Blogger.

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top