Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Wednesday, 14 May 2014

Kari Daging

KARI DAGING


Kari daging memang menu yang sedap dan berbaloi untuk di masak.Ini kerana kuah kari daging itu juga boleh dimakan bersama roti.Jom kita lihat resepinya.

Bahan bahannya


500 g daging lembu (dipotong-potong)
900 ml air bergaram yang mendidih 
½ biji kelapa (diparut)
½ cawan minyak masak
1 camca serbuk kunyit 
Garam & serbuk perasa secukup rasa
asam jawa yang tak berbiji- sekepal limau kasturi

Bahan Tumbuk:
15-20 batang lada kering (direndam &ditoskan)
5 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih 
½ biji kelapa (diparut & direndang)
1 camca ketumbar 
1 camca jinyan manis 
1 camca gula pasir 
½ halia

Caranya

Masukkan daging kedalam air mendidih & rebus hingga empuk. Angkat dari api & keluarkan daging itu. Simpan air rebusan.Gunakan air rebusan untuk memerah santan pekat dari kelapa parut. Pijarkan minyak atas api yang sederhana. Masukkan bahan tumbuk & gorengkan hingga keluar minyak. Masukkan potongan-potongan daging, kunyit & bahan perasa.Kcau supaya rata dengan campuran yang telah digoreng.kecilkan api.Campurkan santan & kacau hingga mendidih. Masukkan palpa asam jawa &gaul rata-rata. Masak terus hingga pekat kuahnya.Angkat dari api & isikan kedalam pingan. 

Baunya pasti memikat selera.Bolehlah di hidangkan panas-panas bersama nasi dan juga acar.Selamat mencuba..

Monday, 5 May 2014

Resepi Kari Daging Dal

KARI DAGING DAL


Kari adalah sinonim dengan masakn mamak.Lebih-lebih lagi bila dimasak bersama kacang dal.Jom kita tengok resepi kari daging dal.

Bahan bahannya

300 gm daging - potong kiub
½ cawan kacang dal - direbus empuk
2 biji tomato - belah dua
2 biji kentang - belah empat
2 biji capsicum - belah empat atau enam
3 sudu besar rempah kari daging - bancuh dengan air 
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
2 cm halia - ditumbuk
1 sudu kecil garam dan gula 
Minyak untuk menumis
Air secukupnya 
3 ulas bawang merah - dihiris (bahan tumis)
2 ulas bawang putih - dihiris (bahan tumis)
3 cm kulit kayu manis (bahan tumis)
3 kelopak bunga lawang (bahan tumis)
4 kuntum bunga cengkih (bahan tumis)
2 biji buah pelaga (bahan tumis)

Caranya

Panaskan minyak tumis bawang hiris dan masukkan bahan tumis yang lain. Apabila naik baunya masukkan rempah diikuti bahan tumbuk. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging serta air biarkan mendidih bolehlah dimasukkan kentang. Biarkan kentang dan daging empuk masukkan pula dal serta tomato. Sebelum diangkat masukkan capsicum, perisakan dengan garam dan gula.

Selamat mencuba..

Thursday, 1 May 2014

Resepi Spageti Daging Cendawan

SPAGETI DAGING BERCENDAWAN



Spageti adalah makanan yang mudah untuk disediakan dan menjadi kegemaran anak-anak.Cuma kali tambahkan cendawan untuk menambah rasanya.Jom semak resepinya

Bahan bahan

1 paket spageti (direbus & ditoskan)
400 gm daging kisar
1 tin cendawan butang (dihiris nipis)
100 gm bunga kobis (dipotong kecil)
10 biji hot dog (dipotong kecil)
1 tin tomato puri

1 sudu cili giling (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
2 kiub Pati Lembu Knorr
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak jagung mazola


Caranya

Panaskan Minyak Jagung Mazola, kemudian tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau hingga mendidih. Masukkan tomato puri, bunga kobis, hot dog, cendawan, kiub Pati Lembu Knorr, gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih, Jika pekat tambahkan air lagi.

Mudah kan.Selamat mencuba..

Tuesday, 29 April 2014

Resepi Daging Masak Merah

DAGING MASAK MERAH



Biasanya bila makan di kedai kedai tomyam,daging masak merah adalah menu yang biass di order.Sesekali cubalah masak di rumah.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

1 kg daging lembu (dibersihkan)
1.2 leter air mendidih 
2-3 camca minyak makan 
6 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 biji lobak merah (dihiris tebal menyerong)
625 gm ubi kentang yang sedang besarnya (dibuang kulitnya & dipotong dua)
2 camca gula pasir 
3 biji buah pelaga 
1 kuntum bunga lawamg
1 kuntum bunga cenkih 


Bahan giling:
10 butang lada hijau 
6 ulas bawang merah 
10 ulas bawang putih 
1 camca jintan manis

5 cm kulit kayu manis
Garam & serbuk perasa secukup rasa 

6 biji telur (direbus & dibuang kulitnya)
2 labu besar bawang besar (dibelah-belah)
1 tin kecil puri tomato
¼ botol sos tomato 
Air panas
1 tin kecil kacang pic (ditoskan airnya)
60 gm daun bawang (dihiris halus)
60 sos tomato (dihiris halus)

2 camca jintan putih
1 camca lada hitam 
2.5 halia
102 camca kunyit hidup


Caranya

Rebus daging dengan air hingga empuk. Tapis air rebusannya & simpan. Potong daging supaya menjadi potongan-potongan sebesar (5 * 10 cm).Dalam sebuah kuali mungkum, pijarkan minyak atas api yang sederhana.Goreng bawang merah hingga garing, kemudian masukkan bahan giling.
Apabila minyak telah keluar, masukkan daging & balik-balikkan supaya berbalut rata dengan campuran itu. Kecilkankan api & masukkan air rebusan tadi. Masak hingga mendidih. Masukkan lobak merah,ubi kentang, gula, kesemua rempah kering & bahan perasa. Apabila sayur-sayuran itu telah masak,masukkan telur,bawang besar & tomato. Biarkan tomato masak,kemudian masukkan puri & sos.Tuangkan air panas ke atasnya jika masakkan itu telalu kering.Apabila telah empuk,angkat dari api.Isikan ke dalam pingan & hiaskan dengan bahan-bahan selebihnya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.


Saiz hidangan resepi di atas adalah untuk 4-6 orang makan.Selamat mencuba.

Resepi Daging Masak Halia

DAGING MASAK HALIA.



Bagi suri rumahtangga,setiap hari kepala ligat memikirkan menu untuk dimasak.Jika berulang masak menu yang sama pasti bosan.Cuba pelbagaikan bahan asas seperti daging.Kali ini cuba daging masak halia.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

400 gm daging batang pinang (dipotong nipis)
8 cm halia (dimayang)
1 sudu besar (rempah 5 spices atau rempah lima)
¼ cawan kicap masin

1 sudu besar tepung jagung
2 batang daun bawang putih (dikerat 5 cm)
2 sudu besar cuka
1 sudu besar serbuk lada hitam


Cara caranya

Daging, kicap, rempah 5 spices dan lada hitam digaul rata kemudian diperap selama 15 minit.

Masukkan minyak ke dalam mangkuk kaserol dan panaskan dengan kuasa high selama seminit. Kemudian barulah dimasukkan halia. Tutup mangkuk rapat-rapat dan masak dengan kuasa high selama dua minit.

Keluarkan, kacau kemudian dan dimasukkan daging perap tadi serta masak dengan kuasa high selama tiga minit.

Larutkan tepung jagung dengan 3/4 cawan air kemudian tuangkan ke dalam daging bersama-sama batang daun bawang putih dan cuka serta masak selama tiga minit lagi. Kacau dan hidangkan panas-panas.

Saturday, 26 April 2014

resepi kue teaw daging

KUE TEAW DAGING


Masakan kue teaw memang sedap kalau kena caranya.Lagipun ia adalah mudah untuk di sediakan.Jom kita cuba masak kue teaw daging.Lihat resepinya.

Bahan bahannya

150 gm kueteau
200 gm daging (direbus)
1 sudu besar tepung jagung + air
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil cili kisar

1 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji telur
Sedikit stok daging
Sedikit sayur-sayuran
Garam & minyak masak


Cara penyediaannya

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih & cili kisar hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat, daging & stok daging. Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran, kueteau, bancuhan tepung jagung & telur. Kacau perlahan-lahan sehingga masak. Angkat & hidangkan.

HIdangkan bersama lada jeruk.Memang menyelerakan.

Tuesday, 15 April 2014

resepi bergedel daging

Bergedel Daging



Kepada sesiapa yang nak tambahan menu sarapan,boleh cuba buat Bergedel Daging nie.Mudah saje..Mari kita tengok caranya.



Bahan-Bahan:
500 gm daging cincang
5 biji ubi kentang
1 camca teh serbuk lada hitam
2 biji telur
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan dimayang:
4 tangkai daun bawang
4 tangkai daun saderi
4 biji bawang merah
Cara:
Rebus kentang dan dilecek lumat. Gaul semua bahan kecuali minyak dan telur hingga rata. Bulat-bulatkan dan leperkan. Celup dalam telur yang dipukul dan goreng.


Siap sudah.Hidangkan bersama mee,mee hoon goreng ataupun nasi.Selamat mencuba.

resepi bifstik daging

Bifstik Daging 



Ingat lagi masa kenduri kahwin aku dulu,Bifstik Daging nie salah satu menunya.Memeng terbaikla pak tukang masak yang menyediakannya.Kalau terasa nak cuba,marilah kita tengok resepi nie.

Bahan-Bahan:
600 gm daging kambing, dipotong mengikut suka
300 gm kentang, dihiris dan digoreng
2 batang lobak merah, dipotong dan digoreng
1 tin kecil kacang pis
2 camca sedang kicap pekat
2 biji tomato, dibelah empat
3 biji bawang besar, dihiris bulat
1 tin kecil puri tomato
5 tangkai cili hijau, dibelah dua
2 camca sedang minyak sapi
Air untuk mengempukkan daging
Garam secukupnya
Bahan-bahan tumis:
Pelaga
Kulit kayu manis
Cengkih

Bahan-bahan digiling lumat:
1 camca teh lada putih
1 biji bawang besar
1 camca teh jintan manis
2 ulas bawang putih
1 sm halia
Cara:
Daging digaul bersama bahan-bahan giling. Perap sebentar. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga kuning. Masukkan air, daging dan puri tomato. Masak hingga daging empuk baru masukkkan tomato, cili merah, cili hijau, kicap, garam, kentang, kacang pis dan lobak merah. Kacau hingga rata. Angkat.

Dah siap.Bolehlh di hidangkan dengan nasi putih panas.Selamat Mencuba.

resepi baryani daging

Baryani Daging 



Kali nie resepi berat sikit.Asik makan yng ringan ringan je,sesekali kenalah yang berat sikit.Baryani Daging.Berminyak mulut kalau makan kata orang orang kedai..:).Mari semak resepi nie.

Bahan-Bahan:
2 kilo daging lembu
4 sudu besar rempah baryani
3 sudu besar rempah kari

Bahan A :
10 ulas bwg putih - kisar
10 ulas bwg merah - kisar
50 gm halia muda - kisar

Bahan B :
5 kuntum bunga cengkih - kisar halus
5-6 bunga lawang - kisar halus
5-6 buah pelaga - kisar halus
2 btg kulit kayu manis - kisar halus
Bahan C :
4 tangkai daun pudina - mayang halus
4 tangkai daun sadri - mayang halus
4 tangkai daun bawang - mayang halus

Bahan D :
3 Sudu besar tomato puree
½ tin susu cair
½ botol madu
Garam secukup rasa

Bahan E :
4 biji bawang besar - hiris dan goreng hingga kuning keemasan
segenggam gajus - goreng
seganggam kismis
Cara:
1. Potong daging dlm 2 inci.Masuk bahan A dan C serta rempah.Perap 1 jam
2. Masuk daging perak dlm periuk dan masukkan air paras daging saja dan rebus hingga empuk
3.Masuk bahan B dan D dan biar api perlahan
4.Apabila mesera masuk bahan E,biar mereneh kejap.Siap untuk dihidang.

Wah..siap dah.Boleh di makan dengan nasi ataupun dengan roti.Selamat mencuba..

Saturday, 12 April 2014

resepi daging goreng kunyit





Daging goreng kunyit.
Kankadang masakkan yg simple boleh membuka selera.Mari kita cuba resepi Daging Goreng Kunyit ni.
Sedap tau..

Bahan bahannya
  • 300 g daging batang pinang(favorite) di potong halus.seeloknya melawan urat,basuh dan bersihkan
  • garam dan kunyit secukupnya
  • sebiji cili besar di potong serong.
  • sebiji bawang besar di hiris serong
  • seulas bawang putih di hiris
  • 3 biji cili api di ketuk
  • sedikit kobis bunga
  • minyak untuk menggoreng. 
Cara penyediaannya


  • gaul daging dengan garam dan kunyit dan goreng seketika menggunakan 2 sudu besar minyak masak.
  • Masukkan bawang besar,bawang putih,cili api dan cili merah goreng hingga wangi terbau.
  • Masukkan kacang panjang,tambah air dan tunggu hingga daging empuk.tutup kuali.
  • setelah empuk,masukkan kobis bunga dan rasa masinnya.tambah garam secukupnya..
  • Gaul hingga rata dan hidangkan panas-panas..  


SELAMAT MENCUBA..




Powered by Blogger.

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top