Showing posts with label berempah. Show all posts
Showing posts with label berempah. Show all posts

Sunday, 4 May 2014

Resepi Udang Goreng Berempah

UDANG GORENG BEREMPAH



Udang yang di goreng memang enak dimakan,lebih-lebih lagi di ratah begitu sahaja.Bagi menambah rasa,kali ini udang di goreng dengan rempah.Mari tengok resepinya.

Bahan bahannya

10 ekor udang besar
4 camca besar rempah kari
6 helai daun kari 
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dihiris) 
3 ulas bawang putih (dihiris)
Halia sebesar ibu jari (dihiris)
6 tangkai cili kering (dihiris)

1 mangkuk santan pekat 
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dimayang)
2.5 sm kulit kayu manis - bahan tumis 
2 biji buah pelaga - bahan tumis
2 kuntum bunga cengkih - bahan tumis
2 kuntum bunga lawang - bahan tumis


Caranya

Bersihkan udang dan toskan. Campurkan bahan-bahan giling bersama rempah kari. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi, masukkan rempah tumis dan kari, kemudian goreng hingga garing. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan udang dan perlahankan api. Biarkan mendidih dan pekat kuahnya. (Cili kering boleh ditambah jika inginkan kuah pedas).

Friday, 25 April 2014

Resepi Sup Ayam Berempah

SUP AYAM BEREMPAH



Sesekali panaskan badan dengan menghirup sup memang enak.Apakata anda cuba sup ayam berempah nie.Elok juga untuk anda yang ingin membuang angin dalam badan.Mari lihat resepinya.

Bahan bahannya

1 ekor ayam muda (dibersihkan & dibiarkan seekor; diperasakan)
Garam & lada sulah secukup rasa
1 sudu minyak makan 
7 ulas bawang merah (dihiris halus)
1 sudu lada hitam

5 ½ cawan air 
2 batang lada merah (dihiris menyerong)
2 batang lada hijau (dihiris menyerong)
2 tangkai daun sup (dicincang halus)
1 tangkai daun bawang (dicincang halus)


Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang putih 
1 hiris halia 
2.5 belacan (dibakar)]


Cara penyediaannya

Pijarkan minyak di atas api yang sederhana & tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan bawang merah,lada hitam,ayam yang telah diperasakan & 1/2 cawan air. Masak denagan bertutup selama 5-10 minit,dengan mengacaunya selkali-sekala. Masukkan air selebihnya & lada. Bubuhkan serbuk perasa secukup rasa.Biarkan hingga mendidih,kemudian kecilkan api & didihkan perlahan-lahan selama 20 minit. Balikkan ayam & terus kana memasak hingga ayam menjadi cukup empuk.Sesuaikan rasanya & angkat dari api. Keluarkan ayam & potongkan besar-besar.Letakkan dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan. Tuangkan sup ke atasnya & taburkan dengan bahan-bahan selebihnya. Hidangkan dengan segera.

Saiz hidangan ini bersesuaian dengan 3 ke 4 orang.Elok di hidangakn sewaktu panas-panas.

Tuesday, 15 April 2014

resepi ayam berempah

Ayam Berempah




Menu ayam nie memang favorite dalam family saya.Ayam Berempah nie salah satunya.Cubalah..Mari lihat resepinya..

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak makan
1 cawan teh pati santan
Air limau 1 biji limau nipis
Bahan Giling:
15 ulas bawang merah
5-6 batang lada merah
8 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
Cara:
Satukan bahan-bahan giling & garam. Lomor rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan
dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya.

Mudah sajekan.Cubalah..
Powered by Blogger.

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top