Monday 15 September 2014

RESEPI AYAM KAM HEONG

Resepi 'Ayam Kam Heong'



Terdapat pelbagai menu masakan cina muslim yang boleh anda cuba jika sesekali ingin menukar selera.Salah satunya ialah masakan ayam ini yang di beri nama 'Ayam Kam Heong'.Kalu di amati ia seakan-akan masakan ayam masak merah.Jom kita lihat resepinya.


Bahan-bahan:

500 gm ayam ( digoreng dengan sedikit tepung)
60 gm tepung gandum
4 tangkai cili padi (diketuk)
2 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan cili sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
5 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

Gaulkan ayam bersama tepung dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.

Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram.. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.

Masukkan ayam bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan ayam rata.

Masukkan garam, gula dan angkat.

Hidangkan bersama nasi putih.

Selamat mencuba!

Wednesday 13 August 2014

BBQ DAGING RIB-EYE

BBQ DAGING RIB-EYE


Kalau bersantai hujung minggu bersama ahli keluarga eloklah jika jika ada sesuatu bahan yang enak untuk di makan bersama.Lebih elok kalau di buat BBQ secara ringkas.Apa menunya?Kita share resepi BBQ Daging Rib-Eye.

Bahan bahannya

2 keping daging N.Z Rib-Eye
4 gm rempah paprika
2 gm thyme
2 gm majoram
2 keping daging N.Z Rib-Eye
4 gm rempah paprika
2 gm thyme
2 gm majoram

Caranya

Bersihkan daging dan tuskan airnya. Setelah itu gaul bersama bahan-bahan rempah dan perap selama lima belas minit. Panggang hingga masak dan hidangkan panas-panas bersama sos.

Ringkas dan mudah.Sambil bebual anda boleh masaknya dengan rasa yang tidak mengecewakan.Selamat mencuba..

Wednesday 6 August 2014

NASI ARAB DUA WARNA

NASI ARAB DUA WARNA


Dewasa ini banyak kemunculan kedai makanan yang menjual makanan arab.Biasanya makanan arab ini boleh tahan juga harganya.Kalau nak makan selalu boleh jadi sempit juga poket.Apa kata anda cuba masaknya sendiri dirumah.Jom tengok resepinya.

Bahan bahan

6 cawan beras arab atau basmati 
6 cawan air atau susu 
6 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar garam - secukup rasa 


Caranya

Panaskan periuk tuang minyak masukan 2 cawan beras. Goreng sehingga beras menjadi garing dan berwarna perang. 

Masukan kesemua beras yang berbaki dan gaulkan dengan beras yang telah digoreng. 

Masukkan garam ratakan beras tekan dengan senduk agar beras menjadi mampat, Masukan air perlahan-lahan agar beras yang digoreng tidak terapung tutup periuk dan masak dengan menggunakan api yang sederhana setelah air kering kacau dan tutup periuk, 

Kecilkan api tunggu sehingga masak. 

Siap.Bolehlah di makan dengan ayam panggang.Memang mudah dan ringkas.

Thursday 10 July 2014

SPAGGETI SOS DAGING KISAR

SPAGGETI SOS DAGING KISAR



SPAGGETI SOS DAGING KISAR

Sesekali nak juga kita tukar selera kan.Selalu makan nasi pun tidak berapa elok sangat.Sesekali cubalah makan Spaggeti.Cubalah menu ini,Spaggeti Sos Daging Cincang.Jom share resepinya.


Bahan bahannya

300gm daging/ayam cincang 
15 tangkai cili kering (mesin) 
5 biji bawang besar(cincang kasar2)-boleh kisar jika suka. 
1 labu bawang putih kisa. 
1 inci halia 
1 tin kecil tomato puri 
1 cawan sos thai
garam, gula, secukup rasa. 
1 tin baked bean (optional) 
½ cawan minyak untuk menumis
1 paket 500gm sphageti (rebus dengan Satu camca besar minyak masak) 
Sedikit daun ketumbar 

Cara membuatnya

 Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan cili sehingga garing.Masukkan bawang putih. 

 Masukkan bawang cincang. Goreng sebentar sehingga naik baunya. 

 Masukkan daging cincang.Kacau sehingga sebati dengan cili dan bawang. 

 Masukkan Sos tomato,tomato puri, garam, gula. 

 Masukkan baked bean. Biar mendidih dan diangkat. 

Taburkan daun ketumbar semasa menghidang. 

Memang mudak menu ini untuk disediakan.Sesuai unutk hidangan makan malam yang ringkas tapi sedap.

Thursday 3 July 2014

Sup Ayam Dan Cendawan Berkrim

SUP AYAM DAN CENDAWAN BERKRIM












Sesekali kalau menghirup sup memang sedap.Kalau sup mamak yang terkenal dengan rempah yang power.Tapi cuba anda buat sup ayam dan cendawan berkrim ini.Rasanya lain dari yang lain.Ikuti resepi di bawah.

Bahan bahannya

4-5 ketul ayam 
7-8 cawan air 
3 cawan full cream milk 
2 tin button mushroom 
tepung jagung 
garam


Caranya

Anda rebus ayam (bersama tulang sekali) dengan air sampai mendidih. Pastikan api tak besar sangat. 
Setelah ianya mendidih,anda masukkan button mushroom yang telah dipotong kecil2. 
Masukkan juga susu. 
Perasakan dengan garam. 
Setelah mendidih dan mushroom lembut, pekatkan dengan tepung jagung kepada kepekatan yang disukai. 

Siap sudah sup anda.Boleh di makan bersama dengan roti.Selamat mencuba..

Wednesday 25 June 2014

Resepi Ayam Bungkus

AYAM BUNGKUS


Resepi ayam bungkus ini merupakan resepi yang diajarkan oleh kawan saya.Memang jarang sekali membuatnya.Tapi sya sharekan lah,jika ada kalangan pembaca ingin mencuba.

Bahan bahannya

Bahan A 
Kepingan isi ayam sederhana lebar 
2 sudu kecil serbuk lada putih 
1 sudu kecil kicap pekat 
1 sudu kecil madu 
sedikit garam 

Bahan D (Dipotong besar) 
Bunga kobis 
Capcicum 
Baby corn 
Cherry Tomato 
Brocolli 
Lada Hitam - dikisar kasar

Bahan B 
1 sudu besar minyak masak 
3 ulas bawang putih - dicincang halus 
Bahan C (yang telah dipotong kiub kecil) 
1 mangkuk baby carrot 
1 mangkuk cendawan butang 
1 mangkuk bawang besar 
2 sudu besar oyster sauce 
garam  

Caranya

Bahan A 
Gaul semua bahan dan diperap di dalam peti sejuk selama 1/2jam - 1 jam 

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. 

Masukkan bahan-bahan C (carrot, cendawan, bawang, oyster sauce). Gaul sebati. 

Masukkan garam secukup rasa. Ketepikan. 

Keluarkan bahan A 

Ambil sekeping isi ayam dan bentukkan supaya ia boleh diisi dengan inti - samada digulung/dilipat/dikon etc. 

Masukkan bahan gorengan dalam kepingan isi ayam tadi dan kepilkan dengan lidi pencucuk supaya intinya tidak tumpah keluar. Ulangi hingga habis kepingan isi ayam. 

Susunkan kepingan isi ayam tadi ke dalam mangkuk oven. Susunkan Bahan D dikelilingnya, tambah 1/2 cawan air dan tutup dengan aluminium foil. 

Bakar dalam oven selama 1/2 jam. Keluarkan dan tanggalkan aluminium foil tadi. Masukkan kembali ke dalam oven selama 15 minit atau sehingga daging ayam masak. 

Siap untuk dihidang

Tuesday 24 June 2014

Resepi Kuzi Daging

KUZI DAGING.


Menjelang Ramadhan pasti kita dah merancang menu berbuka dan sahur yang simple dan mudah.Cubalah menu kuzi daging nie.mudah saja.Jom tengok bahan bahannya.

Bahan-bahannya:

5 sudu besar minyak masak
600 gm daging (dipotong sederhana besar)
125 ml susu cair
125 ml sos tomato
Sedikit garam dan gula pasir

Bahan-bahan dikisar halus: 
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
4 cm halia
15 biji lada hitam
4-5 bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji pelaga
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit lengkuas

Cara-caranya:

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis Bahan-bahan dikisar halus hingga ia terbit minyak. Masukkan daging bersama susu cair, sos tomato, garam dan gula. Masak hingga daging empuk, dan kuah pekat sambil dikacau sekali-sekala. Angkat.
MUdah sahaja dan cepat.Selamat mencuba..
Powered by Blogger.

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top