Saturday 17 May 2014

Resepi Pavlova

07:54

PAVLOVA


Mesti ramai yang suka makan Pavlova.Kalau makan di luar harganya boleh tahan juga kan.Bagi sesiapa yang gemar makan tu apa kata cuba buat sendiri.Sememangnya mudah dan ringkas.

Bahan-bahannya

4 biji telor (putihnya sahaja)
1 sudu tepung jagung
1 sudu essen vanila
1 sudu cuka makan
1/4 cawan gula
whipping cream
buah-buahan (yang masan seeloknya)

Caranya

Panaskan oven pada suhu 150'c.Kemudian putar putih telur tadi.Pastikan mixer anda bersih dan bebas dari bedasing.Masukkan gula perlahan-lahan,sedikit demi sedikit sehingga berkilat.Kemudian masukkan tepung,essen vanila dan cuka makan.Putar hingga sebati.
Letakkan di atas kertas khas ubtuk membakar di dalam oven.Suhu antara 130-140 selama sejam.
Untuk krim,putar whipping cream hingga kental.Sapukan diatas merigue yang dah masak tadi.Boleh hias dengan buah-buahan atau apa sahaja ikut suka.Sejukkan dalam 30 minit dalam peti sejuk.Boleh di hidangkan.Pasti sedap.Selamat mencuba.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top