Monday 19 May 2014

Resepi Blackberry Cheese Kek

10:37

BLACKBERRY CHEESE CAKE


Kali nie nak share resepi Blacberry Cheese Cake.Biasalah kek nie nak buat ambik masa sikit.Dah try buat sekali memang sedap.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya.

Untuk Base: 
1 peket biskut digestives 
2 cawan cornflakes 
3 sudu besar gula perang 
3 sudu besar mentega lembik 

Untuk Filling: 
750 gm (3 peket) Philadelphia Cream Cheese 
225 gm gula caster 
1 sudu besar tepung jagung 
2 biji telur 
150 ml (1 pek kecil) yogurt perasa strawberry 
1 tin blackberry (brand S&W); ditapis (hanya ambil buahnya sahaja)

Caranya

Biar semua bahan pada suhu bilik 
Panaskan oven pada suhu 180C. 

Cara Untuk Base: 
Kisar atau hancurkan biskut dan cornflakes hingga halus. 
Campurkan gula dan mentega hingga sebati ke dalam adunan biskut itu. 
Dalam acuan 'springform' atau 'loose bottom' bulat 23 cm, tekankan adunan base itu hingga rata dan kejap. 
Bakar base selama 7 minit. Ketepikan. 


Cara Untuk Filling: 
Pukul cream cheese dan gula selama 3 minit. 
Kemudian ayak ke dalam adunan cheese itu tepung jagung. Pukul lagi sehingga kembang dan tidak berbintil. 
Masukkan telur satu persatu. 
Masukkan yogurt. Kacau sampai sebati. 
Dengan menggunakan udip atau spatula, kaup balikkan buah blackberry itu hingga rata dalam adunan. 
Tuang adunan itu atas base yang telah tersedia. 
Bakar selama 30 minit atau hingga tepi kek sudah tertarik dari acunya. 
Setelah masak, tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama sejam. Renggangkan pintu oven dengan sudip kayu agar terbuka sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk.

Ok,setelah sejuk bolehla mula menghias kek tadi.Bolehlah gunakan jelly blueberry segera dalam suku peket dan diacairkan menggunakan air panas.Ratakan sahaja di tas permukaan rata kek anda.Selamat Mencuba..

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top