Monday 19 May 2014

Resepi Bubur Ayam

10:20

BUBUR AYAM


Kadangkala kita mesti rasa bosan tentang apa yang kita mau makan.Asyik-asyik menu yang sama.Apa kata cuba pula bubur ayam nie.Kena pada tempatnya memang aka terbuka selera anda menikmatinya.Jom semak resepi mudah ini.

Bahan bahannya

Isi Ayam (direbus dan di siat siat) 
1 cawan beras 
1 inci halia 
3 biji bawang merah 
2 biji bawang putih 
1 batang Lobak merah (potong seperti lidi) 
Air 
Minyak (untuk menumis) 
Sediki daun bawang 
Sedikit garam 
Sedikit lada sulah 


Caranya

Halia, bawang merah dan bawang putih hi campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi. 

Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati. 

Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak. 

Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata. 

Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan).


Siap untuk di hidangkan.Mudah sahaja kan.Lebih enak kalau di makan bersama telur asin dan taburkan cili bagi yang gemar pedas.Selamat mencuba.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top