Saturday 17 May 2014

Resepi Pandan Cup Cake

23:31

PANDAN CUP CAKE


Cup Cake menjadi satu kemestian sekarang ini di dalam majlis-majlis tak kira kecil atau besar.ontohnya seperti majlis hari jadi.Boleh di hasilkan dari pelbagai perisa.Hari ni nak share resepi Pandan Cup Cake.Tentulah perisa pandan kan.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

250 gm mentega
30 gm coklat nutella (nutella chocolate)
230 gm tepung naik sendiri 
230 gm gula halus
1 sudu besar pes pandan
6 biji kuning telur (besar)
5 biji putih telur (besar)
Mangkuk kertas secukupnya
Ceri hijau untuk hiasan

Caranya

Mentega, nutella, pandan pes dipukul hingga pekat, masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga kembang, campurkan tepung naik sendiri sambil terus dipukul, ketepikan sebentar. Dalam bekas lain pukul putih telur hingga pekat dan kembang, campurkan ke dalam mentega pukul hingga rata. Isikan ke dalam mangkuk kertas, hias dengan ceri hijau dan bakar selama 35-40 minit dalam ketuhar bersuhu 150-175'C.

Sudah siap.Anda boleh jadikan kek ini sebagai buah tangan di majlis harijadi ataupun menu minum petang yang enak.Selamat mencuba.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top