Monday, 21 April 2014

resepi daging bungkus

DAGING BUNGKUS



Selalu makan lauk daging bungkus kat kedai.Emm rasanya buat sendiri lagi puas makan kot.Cari-cari dapat gak resepinya.Nak share la.

Bahan bahannya

  • 500 gram daging kisar
  • 189 ml pati santan
  • 1/2 camca garam
  • 2 biji telur
  • garam dan lada sulah secukup rasa
  • daun salam dan daun pandan di potong
  • daun pisang untuk membungkus
Bahan giling
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 2.5 lengkuas
  • 1/2 camca ketumbar
  • 1/2 camca jintan puth
  • 1/2 camca garam
Cara caranya
  • gaul bahan giling pada daging dan campur pati santan.Balut dengan telur yang dipukul
  • bubuhkan campuran ke atas setiap helai daun pisang
  • letak daun salam di atasnya dan campur selebihnya dgn rata
  • tutup di atasnya dengan daun pandan
  • bungkus dgn kemas dan sematkan dgn lidi
  • kukus selama 20 minit
Siap sudah.Buka bungkusan semasa di hidang.Hidangkan dengan sos tomato dan cili.

resepi ayam black pepper

AYAM BLACK PEPPER



Ayam Black Pepper kedengaran macam susah je nak buat.Tapi sebenarnya sangat ringkas.Mari tengok resepinya.

Bahan bahannya

  • 1/4 bahagian ayam (3-4 ketul)
  • garam 
  • minyak masak dan air
Bahan gilingnya
  • 1/2 inci kunyit
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
Cara penyediaannya:
  • Bersihkan ayam dan toskan.Panaskan minyak 2 sudu besar dan tumis bahan giling hingga garing.
  • Tambah sedikit air,masukkan garam dan kacau rata sebelum masukkan ayam
  • Biar mereneh higgga daging empok.
Siap sudah.Boleh tambahkan cili api dan lada hitam bagi yang suka pedas.Taburkan bawang goreng dan daun sup di atasnya.

resepi ikan kembong masak pindang

IKAN KEMBONG MASAK PINDANG



Inilah resepi yang paing simple nak masak.Boleh di katakan lauk hospital.He.he..Tapi kalau betul gayanya sedap masakan nie.Jangan pandang sebelah mata.Jom tengok resepinya

Bahan bahannya


  • 5 ekor ikan kembong
  • 2 biji bawang besar di mayang halus
  • 2 ulas bawang putih di ketuk
  • 2 inci kunyit hidup di ketuk
  • sebatang serai di ketuk
  • 2 biji tomato di belah 2
  • sekeping asam gelugur
  • garam secukup rasa
Cara penyediaannya :
  • bersihkan ikan terlebih dahulu
  • panaskan air,masukkan bawang,serai dan kunyit.rebus hingga didih
  • masukkan asam gelugur.kacau dan biar didih
  • lastly masukkan ikan dan tomato
  • Biar didih,rasakan garamnya.
Dah siap.Senang je kan.Tambahan bagi sesiapa yang suka pedas boleh tambah cili api ikut kepedasan yang anda inginkan.

resepi asam pedas ikan merah

ASAM PEDAS IKAM MERAH



Ikan Merah nie memang jenis ikan yang sedap.Masaklah apa pun mesti enak di makan.Apatah lagi kalau di masam asam pedas.Memang terangkat la satu famili makan.Jom kita tengok resepinya.

Bahan bahannya

Seekor ikan merah sederhana besar 
3 sudu cili giling (jika ingin pedas, tambahkan) 
5 ulas bawang merah ) 
2 ulas bawang putih ) 
2 cm halia ) 
2 cm kunyit hidup )dikisar/ditumbuk 
Sedikit belacan )
Asam jawa (dijadikan jus) 
Kobis segar atau sayur yang dijerukkan 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis 

Cara caranya :
Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga naik baunya. Masukkan pula cili giling dan tumis sehingga garing. Perlahankan api dan masukkan ikan. Selepas itu, masukkan pula jus asam jawa dan biarkan api perlahan sehingga mendidih. 
Masukkan kobis atau jeruk sayur. 
Tutup periuk dan biarkan sehingga masak.

Siap sudah.Hidangkan bersama Nasi panas.Memang menyelerakan.Untuk sampingan potongkan telur asin sekali.

Sunday, 20 April 2014

Stik kambing

STIK DAGING KAMBING



Pada yang suka makanan barat,bolehla cuba resepi nie.Tak de lah seratus peratus original tapi alal-ala gitu..Sedap juga.Cubalah

Bahan bahannya:

500 gm daging kambing(dipotong memanjang dan diketuk)
1 sm kunyit hidup(ditumbuk)
1 sm halia(ditumbuk)
kicap masin secukupnya
serbuk perasa
sedikit lada sulah
sedikit gula
minyak untuk menggoreng
Bahan untuk sos:
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
sedikit tepung jagung
sedikit kicap cair

Cara penyediaanya :

1. Perap daging dengan semua bahan-bahan di atas selama 15 minit.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak panas, goreng daging tadi hingga masak.
3. Untuk membuat sos pula, panaskan minyak bijan, kemudian masukkan sos tiram, kicap cair dan tepung jagung. Kacau sehingga pekat
4. Hidangkan sos di atas daging yang telah digoreng tadi

Selamat mencuba.Boleh juga diganti dengan daging lembu.

resepi Pecal Kak wa.

PECAL.



Pecal nie adalah makanan yang berasakan sayuran.Lebih kurang vegetarian gitu.Cuma sambalnya saje yang menjadikan ianya unik.Kalau bahsa biasa mungkin kita boleh panggil rojak sayuran kot..:) Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya:
  • sayuran seperti kacang panjang,taugeh,kangkung,pucuk ubi,sayur pegaga dan bendi di celur
  • daun salad di potong kasar
  • timun,sengkuang dan nenas di buang kulit dan dipotong kecil dan nipis.
  • tauhu dan tempe di goreng dulu dan potong kecil.
Bahan sambalnya:
  • kacang tanah 100 gram di goreng dan di kisar
  • 25 tangkai cili kering di kisar
  • 2 ulas bawang outih
  • 5 bii bawang merah
  • sedikit belacan
  • air asam jawa dan garam


Cara penyediaannya:
  • semua bahan kisar di masukkan ke dalam mangkuk,digaul rata tambah air jika perlu
  • masukkan asam jawa,garam secukup rasa.
  • masak hingga kuah pekat
Siap sudah.Bolehlah dihidangkan bersama sayuran yang dan dipotong tadi.Selamat mencuba.

Saturday, 19 April 2014

Resepi nasi lemak kerang

NASI LEMAK SAMBAL KERANG.

Menu nie biasanya dapat di buat pada hari minggu saje.Sebab ada banyak masa untuk anda nak sediakan bahan-bahannya.

Bahan bahannya

Untuk Nasi Lemak
  • 3 cawan beras siap di basuh
  • 1/2 mangkuk santan
  • air 3 cawan
  • halia 2 hiris
  • lada hitam(3 biji)
  • garam
Cara memasak
Masak seperti kita masak nasi seperti biasa.Campur semua bahan.

Sambal Kerang

Bahan bahannya
  • sekilo kerang
  • 3 biji bawang besar dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 3 sudu cili kering dikisar
  • asam jawa
  • sebatang serai dititikkan
  • garam secukupnya

Cara penyediaan
  •  basuh kerang sebersihnya dan rebus.
  • masukkan satu sudu garam dan sebatang serai di dalam rebusan kerang
  • rebus hingga kerang mula terbuka 
  • sejuk,kopekkan kerang
  • panaskan minyak,tumis bawang hingga naik bau
  • masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak
  • masukkan kerang goreng hingga garing
  • masukkan air asam,garam,gula ikut keperluan
  • biar hingga mendidih
Siap sudah.Hidangkan bersama hirisan timun dan telur rebus.Untuk lebih enak sediakan kacang goreng sekali.Selamat mencuba.


Powered by Blogger.

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top