Thursday 10 July 2014

SPAGGETI SOS DAGING KISAR

07:05

SPAGGETI SOS DAGING KISAR



SPAGGETI SOS DAGING KISAR

Sesekali nak juga kita tukar selera kan.Selalu makan nasi pun tidak berapa elok sangat.Sesekali cubalah makan Spaggeti.Cubalah menu ini,Spaggeti Sos Daging Cincang.Jom share resepinya.


Bahan bahannya

300gm daging/ayam cincang 
15 tangkai cili kering (mesin) 
5 biji bawang besar(cincang kasar2)-boleh kisar jika suka. 
1 labu bawang putih kisa. 
1 inci halia 
1 tin kecil tomato puri 
1 cawan sos thai
garam, gula, secukup rasa. 
1 tin baked bean (optional) 
½ cawan minyak untuk menumis
1 paket 500gm sphageti (rebus dengan Satu camca besar minyak masak) 
Sedikit daun ketumbar 

Cara membuatnya

 Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan cili sehingga garing.Masukkan bawang putih. 

 Masukkan bawang cincang. Goreng sebentar sehingga naik baunya. 

 Masukkan daging cincang.Kacau sehingga sebati dengan cili dan bawang. 

 Masukkan Sos tomato,tomato puri, garam, gula. 

 Masukkan baked bean. Biar mendidih dan diangkat. 

Taburkan daun ketumbar semasa menghidang. 

Memang mudak menu ini untuk disediakan.Sesuai unutk hidangan makan malam yang ringkas tapi sedap.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top