KUZI DAGING.
Menjelang Ramadhan pasti kita dah merancang menu berbuka dan sahur yang simple dan mudah.Cubalah menu kuzi daging nie.mudah saja.Jom tengok bahan bahannya.
Bahan-bahannya:
5 sudu besar minyak masak
600 gm daging (dipotong sederhana besar)
125 ml susu cair
125 ml sos tomato
Sedikit garam dan gula pasir
Bahan-bahan dikisar halus:
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
4 cm halia
15 biji lada hitam
4-5 bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji pelaga
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit lengkuas
Cara-caranya:
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis Bahan-bahan dikisar halus hingga ia terbit minyak. Masukkan daging bersama susu cair, sos tomato, garam dan gula. Masak hingga daging empuk, dan kuah pekat sambil dikacau sekali-sekala. Angkat.
MUdah sahaja dan cepat.Selamat mencuba..
Tuesday, 24 June 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment