Monday 15 September 2014

RESEPI AYAM KAM HEONG

07:46

Resepi 'Ayam Kam Heong'



Terdapat pelbagai menu masakan cina muslim yang boleh anda cuba jika sesekali ingin menukar selera.Salah satunya ialah masakan ayam ini yang di beri nama 'Ayam Kam Heong'.Kalu di amati ia seakan-akan masakan ayam masak merah.Jom kita lihat resepinya.


Bahan-bahan:

500 gm ayam ( digoreng dengan sedikit tepung)
60 gm tepung gandum
4 tangkai cili padi (diketuk)
2 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan cili sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
5 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

Gaulkan ayam bersama tepung dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.

Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram.. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.

Masukkan ayam bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan ayam rata.

Masukkan garam, gula dan angkat.

Hidangkan bersama nasi putih.

Selamat mencuba!

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top