Friday 18 April 2014

resepi laksa

06:58

LAKSA



Kat Malaysia nie ada macam-macam jenis Laksa.Laksa Utara mungkin yang paling utama kot.(agak je)Ada juga laksa Johor,Laksa Singapura dan Laksa Sarawak.Tapi harini kita lihat secara umum iaitu resepi Laksa sahaja.Tiada Pengkhususan dari mana.:)

Bahan bahannya:
250 gm mee laksa (dicelur & ditoskan)
1,35 santan cair
250 gm ikan tenggri cabut tulang
250 gm ikan parang cabut tulang
santan pekat
Garam secukup rasa
Bahan Tabur:
250 gm taugeh (dibuang ekornya & dicelur)
2 labu besar bawang besar (dihiris tipis)
2 biji sedang timun (dibuang kulitnya & empulurnya; dihiris tipis)
60 gm daun kemangi
90 gm daun selasih
30 gm daun kesum
10 batang lada kering (direndam digiling untuk dijadikan pes
1 sudu garam
Bahan Giling:
2 batang serai (dihiris halus)
2 ulas bawang putih
12 batang lada kering (direndam & ditoskan)
2.5 cm lengkuas
10 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam
2.5 kunyit hidup
¼ biji kelapa (diparut)
¼ biji kelapa (diparut & direndang)
2 cawan ketumbar (direndang)
Cara:
Canpurkan bahan giling ke dalam santan cair. Giling kedua-dua jenis ikan tadi &b campurkan.Rebuslah selama 30 minit. Kemudian kecil api & didihkan perlahan-lahan selama 30 minit. Kacau selalu. Masukkan santan pekat & garam.Masaklah dengan berkacau-kacaiu hingga pekat. Kecilkan api Tutup periuk itu & biarkan.
Untuk menghidangkannya: Letakkan sedikit mee laksa dalam mangkuk-mangkuk yang berasingan.Campurkan sedikit bahan tabur di atasnya. Tuangkan kuah di atasnya & hidangkan dengan segera.

Saiz hidangan ini adalah untu 4-5 orang.Cubaah

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top