Friday 18 April 2014

Resepi Beehoon Soto

06:42

BEE HOON SOTO.



Beehoon Soto boleh di jadikan menu petang yang senang di hidangkan.Walaupun kelihatan sukar nak menyediakannya,tetapi sebenarnya mudah.Ianya kerana kita perlu menyediakan 3 bahagian iaitu sup,sambal kicap dan beehoon.Mari lihat resepinya.

Bahan bahannya:
Bahan – bahan untuk sup: 
1 ekor tulang ayam 
1 ekor ayam 
2 kiub stok ayam 
2 batang kulit kayu manis 
3 kuntum bunga lawang 
4 biji bunga cengkih 
4 biji buah pelaga 
Garam secukup rasa 
3 camca besar minyak 
2 liter air 

Bahan-Bahan Yang Dikisar: 
2 biji besar bawang merah 
5 ulas bawang putih 
1 inci halia 
½ inci lengkuas 
1 camca teh lada hitam 
4 biji buah keras 

Bahan untuk Kicap: 
Segenggam cili padi, basuh, jangan dibuang batang 
10 biji bawang putih 
15 biji limau kasturi 
Gula secukup rasa 
Kicap pekat 

Lain-lain bahan: 
Beehoon - celur dahulu 
Taugeh – celur sekejap 
Kacang Tanah – digoreng atau direbus 
Begedil 
Daun Sup dan Daun Bawang 
Bawang Goreng 

CAra penyediaannya:
Cara membuat sup:

•Panaskan minyak di dalam periuk.
•Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, dan buah pelaga. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Goreng hingga perang.
•Masukkan air kedalam periuk dan biar mendidih.
•Kemudian, masukkan kedua-dua ayam kedalam periuk.
•Masukkan stok ayam dan garam. Tutup priuk and tunggu sehingga ayam empuk/masak.
•Setelah masak, keluarkan ayam yang berdaging tadi dari sup. Toskan ayam tadi.
•Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan sait-siatkan daging ayam tadi.

Cara membuat Kicap:
Goreng cili padi tanpa minyak hingga layur. Bakar bawang putih sehingga keperanggan. Giling kedua-dua bahan sehingga hancur. Perahkan asam limau. Tuangkan kicap pekat dan gula. Gaul bahan. Sedikit air kalau tidak mahu sos terlalu pekat. 
Masukan beehoon yang dah di celur,ayam yang disiat,kacang tanah,taugeh,daun bawang,daun sup kedalam mangkuk.Masukkan sup dan sambal kicap mengikutrasa pedas yang di inginkan.Perahkan sedikit limau kasturi.Makan masa panas.Selamat mencuba. 

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top