Friday 18 April 2014

Kari Kepala Ikan Merah

19:14

KARI KEPALA IKAN MERAH.



Kari Kepala Ikan Merah biasanya sinonim dengan kedai mamak.Tapi lg sedap bukan jika di masak sendiri di rumah.Makan pun puas.Mari kita tengok resepi nie.Cubalah untuk 3-4 orang punya hidangan.

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 kepala ikan merah
  • 3 biji terung di belah 4
  • Sedikit rempah helba campur
  • Sedikit serbuk kas kas (kalu tak letakpun tak pe)
  • 1 batang Kulit kayu manis
  • Sedikit bunga cengkih dan bunga lawang
  • Daun kari
  • 3 ulas bawang merah di mayang halus
  • 1 biji bawang besar warna merah di mayang halus
  • 2 cawan santan
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu basar tomato pure
  • 1 asam keping
  • Garam secukup rasa dan serbuk perasa
  • 1 inci halia di hiris halus
  • Minyak masak

Cara Penyediaannya.
  1. Panaskan minyak letak helba, daun kari,kulit kayu manis,bunga cengkih dan lawang.
  2. Letak serbuk kari ikan, serbuk cili masak sehingga naik bau (sehingga garing)
  3. Kemudian tambah sedikit air dan tomato pure serta serbuk kas-kas masak sehingga garing
  4. Tambahkan santan , susu cair dan sedikit air, kacau. selepas 4 minit masukkan kepala ikan.
  5. Tambahkan terung, asam keping, garam dan serbuk perasa. Masak sehingga terung itu lembut. Di kuali lain seperti biasa panaskan minyak goreng bawang putih, merah dan halia sehingga kekuningan kemudian masuk kedalam kari tadi dan kacau.
  6. Siap untuk di santap

Perghh,,Siap sudah hidangan Kari Kepala Ikan nie.Makan panas-panas dengan nasi yang beruap memang menyelerakan.Berminyak mulut..:)


Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top