Showing posts with label nenas. Show all posts
Showing posts with label nenas. Show all posts

Friday, 9 May 2014

Resepi Lemak Perut Nenas

LEMAK PERUT CAMPUR NENAS


Tak tahu la ramai ke yang makan lemak perut nie.Biasanya di masak kerabu kot.tapi xpelah,saje nak share resepi nie.Mari lihat resepinya.

Bahan bahannya

½ kg perut - dipotong
1 biji nanas
3 cm kunyit hidup 
25 tangkai cili padi
1 batang serai - dititik
1 biji kelapa
3-4 ulas bawang merah
Garam secukup rasa

Caranya

Perut dipotong dan direbus hingga empuk. Nanas dibuang kulitnya dipotong kecil ikut suka, dicelur sekejap untuk buang air masamnya. Tumbuk kunyit bersama cili padi, bawang dan garam hingga lumat. Masukkan perut yang telah direbus tadi ke dalam periuk dan bahan yang telah ditumbuk. Masak sebentar atau hingga airnya kering kemudian masukkan santan. Biarkan mendidih, masukkan nanas, biarkan terbit minyak, tambahkan garam dan angkat.

Wednesday, 7 May 2014

Resepi Pajeri Nenas Utara

PAJERI NENAS UTARA


Pajeri Nenas biasanya adalah menu wajib ada di setiap majlis makan kenduri kahwin di kampung-kampung.Bagi yang menggunakan khidmat katerer biasanya ada pilihan.Resepi pajeri nenas ni dari utara.Jom tengok resepinya.

Bahan-bahannya

1 biji nenas 
1 biji kelapa (santan cair & santan cair) 
1 tangkai kayu manis 
1 biji bunga lawang 
2 sudu minyak masak 
½ sudu besar gula putih 
½ sudu besar gula merah 
1 inci halia (dihiris) 
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk) 
½ peket rempah kari (daging/ayam) 
sedikit garam 
sedikit kerisik 

Cara-caranya

1. Panaskan minyak tumis kayu manis,halia,bunga lawang dan daun kari. 
2. Masukan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit santan pekat,garam,bawang yang telah ditumbuk tadi. 
3. Setelah rempah tadi sudah masak masukan gula putih,gula merah,santan cair & pekat,kerisik dan nenas. 
4. Biarkan mendidih seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Siap sudah.Selamat mencuba.

Monday, 5 May 2014

Resepi Ketam Kari Dengan Nenas

KARI KETAM DENGAN NENAS



Memasak ketam bukanlah satu yang susah,cuma nak menikmatinya sahaja yang agak payah.Bagi mereka yang tidak pandai memakannya.Harini nak share resepi kari ketam dengan nenas.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

3 ekor ketam (dicuci)
½ biji nenas - dipotong 4 dan 2 sm tebal
½ biji kelapa - ambil satu mangkuk santan
4 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih ] ditumbuk halus
1 labu bawang besar ]
2 sm halia

3 sudu besar rempah daging
Sedikit asam jawa
Minyak untuk menumis
1 tangkai daun kari
Sedikit bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih - tumis


Caranya

Panaskan minyak dan tumis bawang hiris, daun kari, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Setelah kuning masukkan halia, bawang besar dan putih yang digiling dengan rempah. Kacau hingga wangi dan rempah naik baunya baru masukkan nenas. Kacau sekejap baru masukkan santan, air asam jawa, ketam dan garam. Masaklah hingga mendidih dan terbit minyak barulah angkat.

Mudah bukan..Siap untuk di hidang.Makan dengan nasi panas.Selamat mencuba.
Powered by Blogger.

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top