Friday, 2 May 2014

Resepi Siakap Masak Pedas

19:15

SIAKAP MASAK PEDAS



Ikan siakap adalah ikan biasanuya di masak 3 rasa ataupun stim.Kali ni kita maak pedas pula.Mari tengok resepinya.

Bahan bahan

1 ekor ikan siakap sederhana besar 
Serbuk kunyit dan garam 
Minyak untuk menggoreng

5-7 biji lada besar (merah) dikisar 
1 biji bawang besar (dipotong dadu) 
1 btg serai (dihiris) 
1-2 helai daun limau purut 
1 sudu bsr sos tiram 
1 sudu besar sos cili 
Garam dan gula secukup rasa 
Sedikit minyak untuk menumis 


Caranya

Bersihkan ikan. Lumurkan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak. 

Untuk sos masak pedas: 
Tumiskan bawang sehingga kuning. Masukkan lada merah yg telah dikisar tadi. Kemudian masukkan serai, sos tiram, sos cili, garam dan gula dan juga daun limau purut. 

Tumiskan semua bahan sehingga naik minyak 


Setelah siap,tunagkan bahan tumis tadi ke atas ikan yang di goreng.Hidangkan bersama nasi panas.Cubalah..

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top