Monday, 5 May 2014

Resepi Kari Kambing

15:41

KARI KAMBING


Kambing adalah daging yang paling elok untuk dimakan berbanding lembu atau kerbau.Walaupun ia agak berbau,tetapi kalau betul sembelihan dan pembersihannya,pasti tidak berbau.Kali ini kita tegok pula resepi kari kambing.

Bahan bahannya

1 kg bahu kambing uang bertulang
(dipotong dadu sebesar 2.5 cm. 
125 g minyak sapi
1 kuntung bunga lawang
1 camca adas 
1 camca kakas
5 cm kayu manis
20 ulas bawang merah (dihiris nipis)
8 ulas bawang putih 
2 camca serbuk rempah kari 
Sedikit air (digaul menjadi pes)
5 batang lada hijau (digiling) 
5 batang lada merah(digiling
2.5 cm kunyit hidup(digiling)
Gram secukup rasa 
450 ml pati santan

Caranya

Pijarkan minyak sapi dalam sebuah kuali besi & masukkan kesemua rempah kering tadi. Tumiskan sehingga wangi, Kemudian masukkan bawang merah & bawang putih. Kecilkan api & mask sehingga layu. Masukkan rempah kari & kacau rata-rata. Apabila naik baunya, masukkan lada hijau yang telah digiling pes & pes kunyit. Masukkan daging & garam secukup rasa. Goreng sehingga tergaul rata.Masukkan santan & kacau sehingga mendidih. Kecilkan api & biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga dagaing itu empuk. Rasa garamnya & turunkan daripada api.

Boleh juga di gantikan santan dengan susu sejat.Didihkan perlahan-lahan bertutup hingga daging empuk.Enak di makan dengan nasi dan roti.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top