Friday 18 April 2014

Resepi laksa kedah

19:27

LAKSA KEDAH

Dalam pada dok rilek-rilek hari minggu nie,kepala memikirkan apa yang nak di hidangkan pada tetamu yang bakal hadir petang nanti.Fikir punya fikir timbul pulak idea nak masak Laksa Kedah.Dah lama dah tak buat.Jomla kita tengok resepi nie.



Bahan bahannya..

1kg Ikan selayang/sardin – direbus
1 cawan udang kepai (yg halus tu) – dibasuh dan tumbuk lumat
30-40 batang cili kering -direndam air panas & kisar
2 ulas bawang besar – dikisar bersama cili kering
1 inci belacan – dikisar bersama cili kering
3 ulas bawang merah – dimayang
1 genggam asam keping
1 genggam daun kesum
3 batang bunga kantan
2 liter atau lebih air
garam & ajinomoto ( kalau boleh la ea..jangan guna sangat pak aji ni ) secukup rasa.
Cara Penyediaannya:
1. Ikan yang telah direbus diasingkan isi dengan tulang.
2. Isi ikan dikisar kasar (masukkan air paras ikan sebelum kisar)
3. tulang ikan bersama air rebusan ikan dikisar dan ditapis. Ambil air sahaja.
4. Kisar cili kering bersama bawang besar & belacan
5. tumis bawang merah hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Masukkan sekali udang kepai yang telah ditumbuk lumat.
6. biar hingga cili masak (naik minyak)
7. Masukkan isi ikan. Kacau dan biarkan masak seketika bersama cili.
8. Masukkan air rebusan ikan.
9. Masukkan asam keping, daum kesum dan bunga kantan.


10. Masukkan garam & ajinomoto secukup rasa. Biar hingga mendidih.
Bahan bahan hidang..
2 bungkus laksa – rendam dan rebus
daun salad – potong
timun
bawang besar
cili api – hijau & merah
limau kasturi
telur rebus

Siap sudah.Silalah cuba resepi nie.Ada satu tips yang saya nak share tentang kuah laksa nie.Biasanya kuah laksa akan menjadi lebih pekat kalau di biarkan semalaman.Jadi untuk lebih enak preparelah kuah pada malam hari dan panaskan keesokaan harinya.Cuma tambahkan garam dan air ikut kesesuaian,

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top