Saturday, 19 April 2014

resepi ayam penyet

11:55

AYAM PENYET



Resepi ayam penyet nie dengarnya berasal dari Indonesia.Penyet tu bermaksud ayamnya ditekan menjadi leper.Minggu lepas masa berjalan-jalan singgah makan kat Restoran Ayam Penyet di Maidin Mall.Sebab rasa tidak puas cubala buat kat rumah.Jadi jugak.Nieyang nak share resepinya nie.

Bahan bahannya
(untuk hidangan 4 orang)
Bahan-bahan & cara-cara:
Bahan A
Setengah ekor ayam (dipotong 4)
2 batang serai*
2- 3 ulas bawang putih*
1" halia*
1" lengkuas*
1" kunyit hidup* (boleh ganti dengan serbuk)
sedikit ketumbar dan jintan manis*
garam secukupnya* (* dikisar sekali)

1.Ayam hendaklah diperap semalaman/ seharian bersama bahan kisar.
2.Kukus ayam yang telah diperap selama 1/2 jam.
3.Goreng ayam yang dikukus dalam minyak yang banyak sehingga agak garing bahagian luarnya (sekejap sahaja lebih kurang 10 - 15 minit)

Semasa anda mengukus ayam bolehlah menyediakan bahan B.
Bahan B:
1 labu bawang besar (dipotong baji)*
2-3 ulas bawang putih*
7 tangkai lada hidup - buang bijinya*
9 biji cili padi (ikut suka)*
1 1/2" belacan*
sedikit air asam jawa/ perahan limau nipis
gula merah secukup rasa

1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan semua bahan bertanda * sehingga agak garing.
2. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng, masukkan gula merah, tumbuk lagi. Tuangkan air asam jawa @ perahan limau nipis.

Cara menyediakan ayam penyet:
1.Letakkan salad, timun dan tomato yang dihiris di atas lesung kayu yang leper.
2.Letakkan sesudu kecil sambal (bahan B), letakkan ayam yang telah digoreng di atasnya.
3.Penyetkan ayam tersebut dengan anak lesung kayu (jangan ketuk, cuma tekan sahaja, ayam lembut kerana telah dikukus)
4.Terbalikkan ayam, tambah sedikit lagi sambal jika suka.


Siap sudah..Agak mudah kan.selamat mencuba..

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top