Friday, 9 May 2014

Resepi Serunding Daging

01:30

SERUNDING DAGING



Serunding daging adalah makanan istemewa kerana ia tahan lama dan kekal enak rasanya.Ianya juga boleh dibuat inti karipap mini yang popular terutamanya apabila menjelang Hari Raya.Jom tengok cara membuatnya.

Bahan bahannya

600 gm daging batang pinang
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 keping asam keping
1 biji kelapa parut
Minyak untuk menumis

Bahan untuk digiling:

10 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 batang serai
2 sudu teh biji ketumbar
1 sudu jintan putih
5 cm lengkuas
2.5 cm halia

Caranya

Kelapa digoreng dan digiling setengah halus.

Rebus daging dan setelah empuk, potong kecil-kecil. Kemudian gaulkan dengan bahan giling.

Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tadi sehingga keluar air daging.

Tuangkan sedikit air sehingga daging empuk, masukkan kelapa goreng, daun kunyit, daun limau purut dan asam keping.

Gaulkan rata sehingga sebati. Masukkan garam dan serbuk perisa secukupnya. Gaulkan lagi. Biarkan sehingga kering dan barulah diangkat.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top