Wednesday, 7 May 2014

Resepi Ayam Bakar Ala BBQ

22:27

AYAM BAKAR ALA BBQ


Ayam Bakar Ala BBQ sesuai anda hidangkan untuk majlis bersama keluarga contohnya menyambut hari jadi.Resepinya adnda boleh lihat di bawah.

Bahan-bahannya

1 kg ayam (dipotong 16 bahagian)
500 gm bawang merah
49 gm kunyit basah
40 gm halia
4 batang serai
30 gm bawang putih
3 sudu kecil madu lebah
3 sudu kecil jintan putih
3 sudu jintan manis
Sedikit minyak jagung
3 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Caranya

Ayam dipotong 16, dibasuh serta tuskan airnya. Masukkan bawang merah, kunyit basah, halia, serai, bawang putih, jintan manis dan jintan putih, cili yang telah dikisar halus, serbuk kunyit, madu dan garam.

Gaul sehingga ia sebati. Tuangkan sedikit minyak jagung, kemudian peramkan bahan-bahan tadi selama satu jam.

Selepas itu, bolehlah dibakar di atas pembakar sehingga ia masak. Hidangkan panas-panas dengan sos cili dan sebagainya.

Memang menyelerakan.Lagi pula di bakar bersama-sama bertambah erat hubungan kekeluargaan.Selamat mencuba.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top