Showing posts with label udang goreng. Show all posts
Showing posts with label udang goreng. Show all posts

Wednesday, 7 May 2014

Resepi Udang Goreng Butter Berkari

UDANG GORENG BUTTER BERKARI


Tengok pada resepi macam payah je nak buat.Nama pun panjang.Sebenarnya mudah sahaja.Di sukai lagi oleh anak-anak.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

Udang kertas (besar) - 10 ekor
Telur (dipukul)
Rempah curry ikan - 1 sudu besar
Garam, perasa (secukup rasa)
Lada sulah (optional)
Mentega Planta - 3 senduk besar(agak2 sesuai untuk deep frying)

Caranya
Bersihkan udang dgn dipotong muncung, tidak perlu buang kulit. 
Cair dan panaskan mentega seperti hendak mengoreng. Sementara menunggu mentega panas, gaulkan udang, rempah kari, garam dan perasa serta lada sulah dan telur yg telah dipukul. 
Apabila mentega panas, masukkan kesemua udang berempah tadi kedalam kuali, pastikan api 3/4 kuat dan dikacau selalu. Masak sehingga udang kemerah-merahan dan telur tadi menjadi helaian. (untuk mendapat aroma curry, campurkan daun curry semasa menggoreng). Apabila sudah masak, toskan.

TIPS: Masa menggoreng gunakan api 3/4 panas supaya telur tidak hangus dan cantik.Selamat mencuba.

Sunday, 4 May 2014

Resepi Udang Goreng Berempah

UDANG GORENG BEREMPAH



Udang yang di goreng memang enak dimakan,lebih-lebih lagi di ratah begitu sahaja.Bagi menambah rasa,kali ini udang di goreng dengan rempah.Mari tengok resepinya.

Bahan bahannya

10 ekor udang besar
4 camca besar rempah kari
6 helai daun kari 
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dihiris) 
3 ulas bawang putih (dihiris)
Halia sebesar ibu jari (dihiris)
6 tangkai cili kering (dihiris)

1 mangkuk santan pekat 
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dimayang)
2.5 sm kulit kayu manis - bahan tumis 
2 biji buah pelaga - bahan tumis
2 kuntum bunga cengkih - bahan tumis
2 kuntum bunga lawang - bahan tumis


Caranya

Bersihkan udang dan toskan. Campurkan bahan-bahan giling bersama rempah kari. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi, masukkan rempah tumis dan kari, kemudian goreng hingga garing. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan udang dan perlahankan api. Biarkan mendidih dan pekat kuahnya. (Cili kering boleh ditambah jika inginkan kuah pedas).
Powered by Blogger.

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top