Saturday 10 May 2014

Resepi Mee Yee Udang

18:59

MEE YEE UDANG





Mee Yee Udang memang adalah menu yang popular terutamanya di utara semenanjung.Ia juga sesuai untuk di hidangkan kepada tetamu yang berkunjung kerumah kerana ianya mudah untuk disediakan.Jom lihat cara membuatnya.

Bahan bahannya

1 keping mi yee
40 gm halia (dihiris)
30 gm daun bawang (dihiris)
30 gm kobis panjang (dihiris)
½ lobak merah (dihiris)
4 ekor udang sederhana besar
3 cawan stok ayam
2 ulas bawang puith (dicincang)
1 biji telur (dipukul)
Sedikit tepung jagung + air
1 sudu besar sos tiram
Minyak masak, garam, & serbuk lada sulah

Caranya

Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih & udang. Masukkan sayur-sayuran & stok ayam. Apabila mendidih, tambahkan sos tiram & tepung jagung. Kacaukan supaya pekat. Sterusnya, masukkan telur & gaulkan hingga rata. Akhir sekali, masukkan mi yee & masak selama 5 minit.

Mudah saje.Hidangkan panas-panas.Selamat mencuba.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top