Showing posts with label ikan bakar. Show all posts
Showing posts with label ikan bakar. Show all posts

Friday, 9 May 2014

Resepi Ikan Bakar

IKAN BAKAR.



Sesuai dengan cuti hari minggu,masa yang ada bolehlah masakkan menu yang lain sedikit.Harini nak masak Ikan Bakar.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

2 ekor anak ikan pari 
daun pisang (secukupnya) 
10 helai daun limau purut dihiris halus 
200gr cili hidup merah 
100gr lada kering 
2 labu bawang besar 
3 labu bawang putih 
2 inci halia muda 
1 biji limau kasturi 
kicap manis secukup rasa 
garam 
serbuk perasa 
minyak untuk menumis secukupnya 

Caranya

Bersihkan ikan atau makanan laut dan ketepikan. Kisar cili hidup merah dan cili kering yang telah di rendam air panas. Kisar bawang besar, bawang putih, halia muda berasingan. 

Panaskan minyak dan tumis cili yang dikisar sahaja dahulu, campurkan dengan sedikit sahaja daun likmau purut yang telah di hiris. Setelah cili garing masukkan bahan bawang dan halia yang telah dikisar juga. Tumislah sehingga terbit minyak. Setelah terbit minyak dan baunya bangkit masukkan garam, serbuk perasa, kicap manis dan lebihan daun limau purut yang dihiris halus.Perahkan jus limau kasturi sebelum tutupkan api. 

Ikan atau makanan laut tadi dibakar setengah masak dahulu. Alas kuali dengan daun pisang dan bubuhkan separuh dari sambal tadi dan letak ikan atau makanan laut tadi dan siramkan lebihan sambal lagi. Tanak diatas api dan biarkan ikan atau makanan laut tadi masak. 

Enak dimakan bersama nasi yang hangat. 

Sebagai tambahan,enak juga dimakan bersam nasi lemak.Boleh juga menggunakan ikan siakap,kembung ataupun lain-lain makanan laut.

Saturday, 19 April 2014

ikan bakar

Ikan bakar.



Mari cuba resepi ikan bakar nie.Menu nie mudah je nak buat.simple je.Nak sedap bakar atas bara.Tapi pakai dapur gas pun boleh..

Tengok bahan bahannya..

  • semestinya ikan sbb kita nak bakar ikan.4-5 ekor ikan kembong/cencaru.
  • cuci ikan bersih-bersih
  • 2 biji cili kering,8 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih,sebiji bawang merah
  • 2 batang serai
  • air asam dan limau purut 2 biji
  • daun limau purut di hiris halus
  • daun pisang
Cara caranya

  • Blender semua bawang,cili dan serai(dah dihiris)
  • tunis bahan yang dah di blender tadi hingga naik baunye
  • letakkan hirisan daun limau purut
  • masukkan air asam jawa dan perahan limau purut
  • kacau hingga rata dan tunggu kering
  • letak tumisan tadi di atas daun pisang.letak ikan atasnya,letakkan lagi di atas ikan.
  • Balutkan dan bakar
Senang je kan.Cubalah
Powered by Blogger.

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top