Saturday 10 May 2014

Resepi Ayam Ampap

17:20

AYAM AMPAP


Jarang kita dengar masakan ayam ampap nie.Baru pertama kali cuba.Sedap juga.Jom tengok resepinya.

Bahan bahannya

1 ekor ayam (dipotong 16} 
4 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih 
3 inci halia 
2 batang serai 
½ batang bunga kantan 
Serbuk kunyit (ikut suka) 
2 sudu chili kering kisar (ikut suka) 
3 keping asam gelugor 
Garam secukup rasa 
Gula secukup rasa 
Sedikit belacan (jika suka) 

CAranya

Ayam dibersih dan dibuang kulitnya. 
kisar semua bahan-bahan tadi, kecuali bunga kantan dan kepingan asam gelugor. Campur semua bahan-bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan. 

Sekiranya anda ingin ianya berkuah, tambahkan air tetapi jangan terlalu banyak. Masakan ini lebih sedap kalau kuahnya pekat. Adalah lebih baik sekiranya disediakan tiga jam sebelum dimakan agar kuah dan ayam menjadi cukup sebati.

Cubalah.Pasti memikat selera hinggakam mertua lalupun x nampak. 


Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 RESEPI MASAKAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top